Thursday, May 17, 2012

Tabung.


Begini ceritanya.

Aku ada sebuah tabung.
Tabung Eropah, nama aku beri.

Sememangnya itu tabung harapan untuk ke Eropah.
Tabung harapan, konon.

Tapi sejak dua menjak ini,
aku berfikir untuk menamakan tabung itu semula.
Tabung Palestin.

Kerana Tabung Eropah itu dah tak ada makna.



Wednesday, May 16, 2012

Sesekali Bila Kita Terguris.


Apabila teman yang kita sayangi,
Melukakan hati kita.

Kita memang terluka,
Kerana kita tak percaya.

Mungkin mereka tak sengaja,
Tenang tiada apa.
Senang lupa.

Mungkin kita tidak lagi releven,
Kerana tidak lagi memahami.

Salah kita.
Tak cuba mengenali diri teman yang sentiasa berlari,
Sedangkan kita masih lagi berjalan.

Dalam menghirup nafas,
kita nampak lelah.
Ilusi nampak kita sedang mencuri nafas daripada teman
Tapi kita cuba bertahan, sambil menjeling teman yang nampak gagah.

Jelas.
Buat teman yang kita rindui.

Sincerely yours,
“ I’ll forgive, never ever forget”.




Saturday, May 12, 2012

Terus-terang.

Satu perkara yang paling membebankan.
Untuk aku berterus terang.

Sebenarnya..

Hm, tak mengapalah.
Esok saja.



Sunday, April 1, 2012

Sebuah Cawan kosong.


Semalam, aku cari satu cawan.
Untuk minum, hilangkan dahaga.

Ada satu cawan bergayut memanggil-manggil aku.
Aku datang dekat.

Kemudian aku senyum.

"Ini cawan kawan aku kasi, masa form three".
Aku beritahu kakak.

Aku cepat-cepat capai cawan yang aku rindu tu.
Aku tuang air.
Penuh-penuh.

Aku minum.
Sampai habis.

Aku tuang lagi, penuh-penuh.
Aku minum lagi.
Aku tuang lagi.

Tapi entah mengapa, aku masih kehausan.

Monday, March 12, 2012

Tawar Dan Masin. Sama.


Pagi ini, Isnin (12 Mac 2012).
Isnin yang longgar.

Aku masak bekalan.
Aneh kerana aku tak tergesa seperti pagi-pagi yang lepas.

Dan.
Hasilnya, masakan tanpa garam.
Pertama kali dalam hidup aku lupakan garam.
Aku sengih didepan pintu rumah.

Aku menung sebentar.

Mungkin dalam hidup juga,
Kita terlupa perisa rasa dunia.

Tapi hidup kita tetap saja boleh diteruskan
dengan terus menelan hidup tanpa rasa.
Dengan senyuman.
Senyum.

Selamat menjamu selera.
Selera dunia.

Sunday, March 4, 2012

Kebelakangan Ini.


(Aku enggan mulai stanza ini dengan tajuk besar)

Sudah sekian lama aku murung.
Tercari-cari juga aku akan munasababnya.
Rupa-rupanya aku sudah bosan,
Membuka hijab kasih aku.

Sahabat dan kasih,
Entah mana hilang semuanya.

Sama luntur dengan warna merah hati,
Warna hijab hati aku yang semakin pudar.

Thursday, March 1, 2012

Semalam, Kelmarin.


Semalam mengajar aku.
Kegigihan tak beri kita apa-apa makna.

Semalam ajar aku,
Kita perlu sentiasa ambil kesempatan,
atau kita sendiri tak berkesempatan.

Semalam juga mengajar aku,
Bagaimana jadi apa yang orang mahu kita jadi.
Senang saja, kita jadi apa yang mereka mahu.

Baiklah, semalam.
Kita mula semula.
Kita mula dari semalam, esok kita lupakan.

Saturday, February 11, 2012

Harga Sebuah Bangsa.


Kita dituduh bangsa racist kerana mereka faham kata kita.
Tapi kita tidak faham kata mereka.

Kita dikata racist kerana kita bangsa lembut hati.
Bangsa kita racist kerana kita bangsa penjaga hati.
Kita bangsa racist kerana sifat pemalu dan pendiam kita.

Bila bangsa kita sebut tentang harga diri, bangsa kita racist.
Bangsa pemalas katanya.

Bangsa kita yang racist ini tak kenal apa itu racist sehingga bangsa kita dipijak-pijak.

Ya, begitulah bangsa kita.

Kenapa Perlu Ingat Password?



Baiklah.
Kali ini aku straight to the point.

Aku cuba ingin menulis.
Laman ini minta username.
Aku pun tulis kata guna nama aku.

Kemudian, dia minta password.
Pulak.

Aku pun taip satu nama.
Nama yang tak pernah padam dalam minda aku.
Sejak dari dulu.

Pelik.
Blog, emel dan semua yang memerlukan password pun boleh terbuka hanya dengan menaip nama yang kita tak pernah padam dalam hati.

Magik tak?

Tuesday, February 7, 2012

Entah Mengapa Engkau Yang Aku Cinta.



Entah.
Jangan bangga sangat.

Esok aku akan cuba cari pengganti.
Lusa juga masih ada hari esok untuk cari pengganti kau.

Sama seperti esok dua tahun lepas.
Tahun depan juga.

Baiklah.
Aku akan cuba cari pengganti kau, dalam masa seratus tahun lagi.
Mungkin aku akan jumpa.
Tengoklah.

Tuesday, January 17, 2012

Masa Akan Berbohong Bahawa Masa Lampau itu Satu Kekecewaan.


Aku cuma mahu dilupakan.
Kerana aku mahu jalani hidup lagi.

Boleh beri aku sedikit hidup?

Bukan.
Bukan hidup kau yang sempurna itu yang aku minta.

Aku cuma mahu mimpi kita yang tak sempurna itu semula.
Itu saja.

Wednesday, January 4, 2012

Jalan Menyingkap Rasa.


Hidup kita ini adalah sebuah rumah dengan empat tingkap.

Tingkap pertama apabila dibuka, kita akan dapat lihat apa yang orang lain tidak dapat lihat.

Tingkap kedua apabila dibuka, orang lain dapat melihat, apa yang kita tidak dapat lihat.

Apabila tingkap ketiga dibuka, kita dan juga orang lain dapat melihat bersama-sama.

Tiba masanya tingkap keempat dibuka, kita dan orang lain yang bersama dengan kita, tidak dapat melihat apa pun. Sama-sama kekaburan.

Mungkin lebih baik jika hidup ini hanya wujud pintu tanpa tingkap.
Satu pintu saja.
Pintu Hati.

Tuesday, December 20, 2011

Permainan Memang Sudah Berakhir, Tapi Pemadam Dakwat Pensil Kau Masih Tidak Mampu Berakhir.


Kau boleh padam aku dengan pemadam.
Kerana aku sedar, kau mahu melakar aku hanya dengan dakwat pensil.
Pensil hanya mainan ya?

Ya, kau boleh padamkan aku.
Tapi tak mudah.

Kau tahu?
Dakwat pensil itu,dakwat yang terkesan?

Dari esakan kertas yang hampir lusuh itu dapat aku lihat.
Betapa kau ingin memadam aku.

Waktu aku memerhati kau yang sekuat hati memadam aku,
Aku rasakan tangan kau yang terketar menahan gigil.

Silakan.
Padamkan aku dari hidup kau.

Mungkin aku akan terpadam juga akhirnya.
Mungkin sekali-sekala kesan aku akan datang menjengah kau.

Wednesday, December 7, 2011

What You Give, You Get Back. Senang-senang Je.



Ya, benar Afeeqah.
What you give, you get back.

Afeeqah.
Aku dah get back what aku dah gave to engkau.

Ya, padan muka aku.

Tapi tak apa.

What you give, you get back, kan?

Cinta Mati Sudin.


Disuatu senja yang melankolik.
Disuatu sudut, dibawah awan mendung.
(Timah dan Samsudin berdiri berhadapan, Klise.)

Timah merenung mata kosong Samsudin.
“ Samsudin, aku akan cinta kau sampai mati”.
Timah nekad. Timah Rabel.
Revolusi kata Timah.

“ Baiklah”. Samsudin jawab.
Samsudin terus melulu kearah pondok aiskrim.
Dia terus beli aiskrim kon se-ringgit tujuh pu-loh sen.
Dan makan.

Mata hampa Sudin tatap awan melankolik.
Disuatu sudut dia mengintai Timah dan Samsudin.
(Lebih spesifik dicelah batu besar, Klise.)

“ Timah, aku cinta kau sampai mati”.
Sudin senyum.
Dia lalu, buka penutup poison tikus.

Oh, dia baru saja beli di kedai Cina Tupai.
Sudin eksaited. Dia senyum lagi.
Dia minum terus poison itu.

“Lepas ini, Timah akan lebih cinta padaku, kerana aku telah mati”.
Sudin gembira.
Sudin cinta pada Timah sampai dia mati.
Terlalu. Sampai dia mati.