Tuesday, March 23, 2010

Ketakutan itu bukan mitos.



Seorang kekasih, ber-ideologi sains berkata (dia menangis):

Aku takut.

Dia ada sahabat. Sahabat dia juga ada dia, tapi tiada ideologi. Kosong saja. (cuba berselindung).


Sahabat tidak ber-ideologi:

Kau takut apa?

**************************

Aku takut gelap.

Mengapa kau takut gelap?

Sebab aku tak nampak.

Ah, pasangkan saja cahayanya.

****************************

Kekasih ber-ideologi sains:

Kau tidak gentar pada gelap?


Sahabat tidak ber-ideologi :

Tidak. Tiada apa yang aku gentarkan. Aku ada disini, disisimu. Mari aku temankan kau pulang?


Kekasih ber-ideologi sains:

Ya, kamulah sahabat aku. (Mereka menangis dan berpelukan)


Kekasih ber-ideologi sains, sudah tidak gentar. Rumahnya banyak cahaya (Ya, dia sudah pulang).


Dari jauh, sahabat tidak ber-ideologi lihat cahaya dari sorotan neon dari hujung sampai ke tengah jalan sudah padam.


Sahabat tidak ber-ideologi:

Ah, biar aku tunggu disini sahaja.
Biarkan lampu itu bernyala kembali.
Gelap. Aku tidak nampak.

Sunday, March 21, 2010

Si perangan komunis yang malas bercerita. Ini bukan cobaan.


Bosan pula aku menatap wajah tulisan sendiri. Tapi kisarnya kisah lain. Bukan aku.
Mitos, fiksyen atau non-fiksyen. Semua itu bukan kisaran aku. Malam ini, baru aku tersedar. Aku terlalu peduli tentang orang lain, dunia lain. Tapi dunia sendiri, dunia aku mana? Tidak apalah. Dunia aku tetap juga disini. Tak pergi mana pun. Tetap disini, dengan aku.

Bila aku replay semula zaman silam, banyak juga layer hidup aku. Stanza hidup aku seakan paradoks. Bukan. Bukan seakan. Ya! memang paradoks. Tambah lagi perisa paradigma. Anjakannya aku tidak pasti.

Ah!
Aku berhenti disini saja.
Ada-ada saja minda ini.

Saturday, March 20, 2010

Lesson for today: The paradox of love.




Hari ini kita belajar tentang organ-organ dalaman cinta.
ya! sudah tentu ini subjek sains.
Ada kimianya, ada kumannya, ada tindak balas mekanismanya.
Beritahu ibu, ini subjek sains.
Subjek sains hayat!

Begini~

Kisah A:

Seorang gadis tiada harta, miskin keparat.Tapi dia seksi dan gebu.(Oh, kerana dia tak cukup wang mahu beli kain).
Seorang pemuda, sedang-sedang sahaja.

Gadis: "Oh, aku tiada harta. Masakan kau cinta pada aku?"
Pemuda: " Tiada ada apa yang kau risaukan, cinta tidak mengenal harta." (Tangannya merayap ke peha si gadis).


Kisah B:

Seorang pemuda kaya, (biar pun diwarisi dari keturunan bapanya, yang mungkin jual dadah?).Tiada masaalah. Asalkan dia kaya. Tapi wajahnya duplicate dengan phantom of the opera. Tapi dia lebih hodoh. Obes dan busuk.
Seorag gadis, Miskin keparat. Tapi seksi dan gebu. Ada rupa Juliana Evans.

Pemuda: "Aku ini hodoh, layakkah berdamping dengan kau?"
Gadis : "Oh, tidak mengapa. Cinta tidak mengenal rupa.Oh,hampir terlupa kamu sudah
tukar nama rumah itu atas nama aku?"


Kisah C:

Seorang Pemuda kaya, kacak, pandu porche dan hisap rokok.Oh, dia juga seorang artis.
Seorang gadis. Hanya gadis. Peragawati mungkin.

Pemuda : Benarkah kau cinta pada aku?
Gadis : Ya, aku sangat cinta pada kau. Cinta aku bukan kerana harta, rupa dan nama
kau. Oh, jangan lupa beritahu wartawan itu, highlight nama aku sebagai
kekasih kau ya?


Kisah D:

Hanya seorang gadis. Duplicate kepada kakak tiri sindarela (mereka hodoh, kerana itu mereka jahat). Obes dan busuk. Tapi dia jujur dan ikhlas, dan hodoh. Oh, hampir terlupa, si hodoh, obes, dan busuk ini juga miskin keparat. Dan hodoh juga.
Pemuda, sedang-sedang saja. Hanya seorang pemuda.

Gadis : Mengapa kau tak cinta aku? Bukankah cinta tak kenal rupa, harta dan nama?
Pemuda : Kau hodoh,obes,busuk dan miskin. Keparat.
Gadis : Tapi aku jujur dan ikhlas.
Pemuda : Tapi kau tetap hodoh,obes,busuk dan miskin. Oh ya, Keparat.


Ini stanza dalam organ-organ cinta.
Kan aku sudah highlight-kan.
Ini adalah Sains.

Thursday, March 18, 2010

Cinta salah. Itu pertama dan terakhir.

Hancur luluh entah mana serpihannya terbang.
Jahanam!
Si perempuan: Mana perginya kewarasan kau?
Si lelaki: mana rasional kau.
Emosional aku dimana?
Ada siapa nampak?
Oh, Jahanam lagi.
Dimana aku sepahkan?
gaza

Mereka ibu kita.

Mereka ibu kita.
Tidak kira, dari rahim wanita mana pun kita mula.
Mereka tetap saja ibu kita.

Naluri kita milik mereka.
Mereka. Ibu. Kita. Semua.

Kita milik mereka.
Tidak kira benua mana.
Tak kira derita mana.

Mereka, ibu kita.
Kita cintai mereka.




Wednesday, March 17, 2010

Seorang Liberator berideologi komunis dan A.Samad Said.



Pertembungan secara tak sengaja yang senang aku kenali sebagai kemalangan dengan seorang aneh berideologi liteartura meyakinkan aku, bahawa aku mahu hidup seperti dia.(Tapi tetap saja aku hidup dengan gaya, mutu dan keunggulan sendiri). Ilustrasi memoir yang aku lakarkan setiap hari jauh dulu menari-nari dalam minda.
"Kena cari ni.."




Esok hari.

Aku ke kedai buku. Border. Di Kuala Lumpur.
Kota yang menjahamkan poket.

Aku keliling dari sudut ke sudut.
Semua buku mat saleh.

Aku keliling lagi.
Aduh~
Pusing lagi~

Mata aku merayap mencari kalau-kalau terjumpakan Karya Sastera melayu.
Ah~
Pasti ada!

Ya~
Memang ada.
Setelah aku teliti, setelah kedai ini telah dimodifikasikan,tindakannya nekad menjulang dan mengangkat martabat sastera melayu pada suatu sudut paling celah.
Celah yang paling sempit dan gelap. SEMPIT dan GELAP.
Sama diganding dengan cerita seram kanak-kanak.
Sama rak. Sama aras.
Sastera melayu dan cerita seram kanak-kanak.
Inikah dikatakan Non-fiksyen?
Mix-fiksyen, mungkin?


"Dik~ Mari capture gambar?"
(Tapi tetap saja aku yang dipaksa capture gaya glamornya dulu).
Kononnya mengabadikan kenangan bersama buku-buku.
(Nilai murni itu terbang bersama niat pesong).

" Tolong jangan tangkap gambar kat sini. Ada CCTV.."
Suara Pak cik guard tua yang berlagak bagai tuan punya kedai itu menghalau ria.

Ah!
Kacau mood saja.
Kata Malaysia negara Liberal?
Mana liberalnya?

Oh, Ya!
Memang Malaysia negara liberal.
Melayu tanak Nasi lemak.
Cina reneh Bak kut teh.
India gulaikan kari.
Sungguh liberal.
Aku patut jadi liberator.


Mari cari buku.

Aku selak satu per satu buku di rak itu.
novel kanak-kanak, cerita seram kanak-kanak.
Hm~

Terlihatkan aku Senaskah Karya A.Samad Said.
Dan lagi. Lagi. Lagi!
Aku capai.
Lagi! Satu lagi! Lagi satu!

Pembelian selesai.

Klise: Naskah A.Samad said itu akan jadi pekasam.

Baiklah. Pulang nanti aku akan fikirkan nasibnya.

Ini bukan Fiksyen.

Tuesday, March 16, 2010

Kisah Si Lelaki ANeh, Gadis comel dan Si Liberal, tapi ideologi Komunis.











Celaka! Jahanam!
Itu saja ayat-ayat cinta aku pada kau, sayang.
Apa lagi?
Terima saja.

Illustrasi minda yang masih belum literasi dengan aneh sifat kau itu buat aku terfikir..
Kau ada jampi aku kah?
Ya. Aku dapat rasa jampi serapah kau bersepah pada aku.
Ah~
Sudah!
Tidak!
Dia sedang masuk ke dalam hati aku.

Baiklah..
Aku hargai usaha pertama kau yang dambakan kayangan bersama aku.
Aku juga terpedaya.
Dua tiga hari kau lesap.
Celaka~
Tapi sifat keji kau buat aku beremulsi dengan perasaan sendiri.
Ah!
Apa ini?

Tapi gadis comel itu?
Aduh..
Melankolik puitis kiriman intelek mindanya pada dunia siber sedarkan aku.
Dia sudah hanyut. Kerana sifat keji kau yang aku sayangi.

Baiklah. dia melankolik.
Kasihanilah dia.
Jangan kasihani aku.
Kerana aku batu.
Aliran dan saliran liberal aku yang ada ideologi komunis
membatukan hati aku.

Baiklah.
Tak perlu kasihani aku.

Depressi Sensasi Sengsara

Rasa hati ini, entah bagaimana rasanya..
Sekali aku menghela, semakin hilang pastinya
Dalam kotak imaginasi aku
Tiada satu titik ingatan pun..
Yang ada hanya gelap, tersekat.

Apa rasa ini
Yang selalu menyerang
Tak keruan fikirannya

Sesekali lagu-lagu riang menjerit ditelinga
Padam akhirnya..

Aku putarkan lagu sengsara,
Berkenan pula rasanya..
Aku ulang lagi..
Lagi dan lagi....
Sekali lagi....

Eh?
Lenyap ke mana?

Dia dan igauan bidadari


Dia fikir dirinya mulai melengkap..
Dia rasai kesempurnaan itu..
Hari-hari dia lalui seakan tinggi melangit..
Dia rasai perasaan angkuh sang bidadari..
Sejak hari itu..

Tiba detik malam ini,,dia tersentak dari mimpi..
Setelah dia menatap semua potret-potret mimpi itu
Rupanya dia bukan bidadari..

Rasanya berbaur kesedaran..
“Rupanya begitu...”
Hatinya berbisik...
Dia masih bukan bidadari

Dia harus pulang!