Friday, May 28, 2010

Masa: Sudah waktunya tinggalkan kenangan.


Satu per satu baju yang siap dilipat cuba disumbatkan dalam bagasi.
Longlai saja tindakan .
Ibarat tindakan refleks yang pasif.

Semakin penuh terisi bagasi itu,
Rasanya ruang hati semakin kosong.
Sungguh!
Entah mengapa.

Suspisus juga rasa hati ini.

Baiklah.
Begini sebenarnya.

Si Liberator berideologi komunis sampai ke Kuantan ini, tanpa perasaan.
Habis dua tahun dia asyik kenangkan bandar Kuala Lumpur.
Kota kecelakaan bagi yang tiada berwang.
Empty pocket istilah bodohnya.

Setahun kemudian dia kembali.
Tiada apa yang berubah juga di Bandar medium ini.
Mungkin hanya Majlis Bandaraya Kuantan mula sedar, longkang di Kuantan ni dangerous enough.
Maka, yang paling latest juga adalah devider biru tepi longkang bertentangan dengan Restoran Safwa.
Tiada effect yang besar juga dapat dia rasa.

Mungkin itu hal kecil saja.
Oh, ya. Bas balik ke Poli juga semakin banyak.
Tambang bas juga sudah naik.
Sepuluh sen.
Taukehnya, sama seperti dulu.
Nyonya seksi yang asyik bagi instruktur kebelakang bas supaya dia boleh sumbat orang dalam bas tu macam sardin. Markarel juga mungkin.
Tidak apa. Orang tiada berharta memang padan dengan kesusahan.

Lama juga. Dual semester.

Situasi juga varius.
Serius juga.
Varius pilihan juga disuakan.
Pilih saja.

Perkara begitu saja sudah banyak main perasaan.
Ada juga yang tercedera.
Variasi parah, semi-parah dan pendam.


Sampai dikala ini, tidak dirawat.
Yang parah, makin sembuh.
Yang pendam, biarkan pergi.
Mungkin.
Itu hanya telahan saja.

Tapi.
Itu yang significant.
Terus melekat diminda.
Perasaan itu memang aneh.
Sungguh aneh.

Tidak apa.

Simpan dalam-dalam.
Kemas-kemas.
Rapa-rapat.

Kita saja yang tahu, bukan?.
Baik. Kita saja simpan sampai tua.
Sampai mati.

Mungkin variati ini yang memberatkan hati untuk beredar.

Si Liberator Ideologi Komunis:

Kini tinggalkan Kuantan dengan berat rasa perasaan.
Tak sepatutnya itu.
Malu juga mahu mengaku.
Tapi, Kuantan...
Si Liberator berideologi Komunis ini sudah jatuh cinta dengan bandar medium ini.

Baiklah.
Berhenti saja berperasaan ganjil ini.
Teruskan sumbat baju dalam bagasi.
Kosongkan hati.

Esok hari, kita tinggalkan semua kenangan ini bersama waktu.

Masa:
Mari pulang ke tempat asal kita.

Saturday, May 22, 2010

Berapa kali bahagia, berapa kali duka?


Baru moment tadi aku frust.
Entah kenapa.
Kecewa berpusu-pusu masuk senakkan perut aku.

Baiklah.
Begini...
Biasalah remaja.
Remaja dan cerita perasaan fiksionalnya.
Aku mengorat dia.
Dia mengorat orang lain.
Memang damn!

Bagi moment yang pertama, aku sudah sediakan kalkulator saintifik.
Buat kalkulasi.
Berapa kali aku kecewa.

Ya, yang pertama, aku frust dengan bakar.
Kemudian, samsudin.
Yang ketiga, sudin.
Seterusnya mokhtar.
Lagi??
Lagi?
Oh~
Sudah habis.

Sudah.
Aku sudah catat.
Siap satu transkripsi kedukaan ideologis komunis.


"Cuba kau buat kalkulasi. Berapa kali kau bahagia?"
Suatu suara fantasi, mungkin juga fiksyen datang bisik halus ke telinga aku.
Agak horro juga perasaan aku.

Baiklah.
Aku ikut intuisi aku.
Mari kalkulat berapa kali aku bahagia.

Hari itu, ada sekali, aku bahagia bila bakar tegur kasut aku.
Sudin juga pernah puji aku cute.
Samsudin ada juga curi-curi pandang aku masa bertembung di kedai runcit param.
Ya, ada-ada.

Aku kalkulat..
Tapi invalid.
Terlalu banyak.

Oh...
Rupanya duka lebih senang dikalkulat.
Patutlah aku tak pernah kalkulat masa bahagia.

Saturday, May 15, 2010

Sudah Lewat Bagi Sebarang Jawapan.


Timah buntu!
Buntu!

Tipah baru saja hadiahi dia dengan set puzzle teka-teki.
Seronok tipah kata.

Timah rasa teruja.
Tapi untuk momen sebelum tadi saja.
Momen dimana Tipah tersenyum, hulurkan blok-blok teka-teki ini.

Blok yang paling hujung, Timah capai.
Lama pula Timah termenung.
Merenung blok itu.

Blok itu ada gambar dia. Timah.
Suspisus dia bertambah bila blok di tepinya ada terlekat gambar Tipah.
Sekarang dia sudah konfius.
Sudin. Samsudin. Bakar. Ani dan Bibah juga muncul.
Setiap blok adalah mereka.

"Bagaimana mahu cantum mereka?"
Timah bisik-bisik angin seorang diri.

Timah padankan Bakar dengan Tipah.
Tidak masuk. Tanggam tak sama.

Ok. Tipah dengan Samsudin pula.
Ya! Padan.
Tapi, Tipah mahu padankan Samsudin dengan Ani.
Ah.. Bagaimana jika Ani juga padan dengan Samsudin?
Mungkin mengundang celaka.
Blok-blok teka-teki itu mungkin patah.
Masakan satu blok boleh berkoleberasi dengan dua blok.
Padahal blok itu hanya ada dua tanggam.
Dua kali dua= empat.
Masakan dua tanggam boleh muat empat tanggam.
Timah letak sepahkan kembali Bakar, Ani, SAmsudin dan Tipah.

Timah mula headache.

Siapa lagi yang belum dipadankan?
Oh, Diri dia.
Tinggal siapa lagi?

Oh!
Bibah, Sudin dan dia.
Timah.
Terlupa satu momen.

Timah dengan sudin.
Ya! Masuk. Sesuai.
Baik. Cuba Bibah.
Sudin dan Bibah.
Sesuai juga.

Cuba Bibah dan Timah.

Timah cuma boleh gigit lidah.
Tidak masuk!!

Satu momen lagi Timah berfikir.
Blok teka-teki ini memang celaka.

Dari momen itu dia bangkit dan kutip semua blok.
Terus buang, tak kata apa.

Wednesday, May 12, 2010

Si Liberator berideologi komunis dan bekas berpenutup priceless.
















Buka tutup, buka tutup.
Apa kau fikir?
Betul-betul kau ini sejenis bekas berpenutup pada aku.
Mahal mungkin. Kau mungkin bekas bertutup berjenama.
Mitosnya barangan yang mahal asasnya kukuh.
Hanya layak pandang dari jauh saja.

Sekejap lagi aku tarik nafas panjang, mata pun ikut pejam.
Kenapalah dengan bekas bertutup bejenama ni?
Mahal sangat mungkin.
Mahal sangat-sangat.
Nak jenguk pun susah
Iklan mastercard kata priceless.
Tiada harga kah maksud nya?
Murah sangatkah?
Mahal sangatkah?

Fantasisma aku kata kau terlalu lama jadi display.
Sebab itu lagaknya begitu.
Personalisme kau buat aku tandus idea.

Baiklah.
Ideologi berhaluan komunis aku kata,
cari bekas penutup lain.
Yang senang dibuka.
Bukan display.