Wednesday, June 30, 2010

Mungkin mereka lupa, apa itu terima kasih.


Sejak dua menjak, tiga menjak dan kalau keizinan itu milik aku,boleh aku double triple kan menjak ini, dan hukumnya wajib, mungkin aku kalkulat rasa marah, singgung yang cukup ranum dalam hati aku ini.

Kawan-kawan.
itulah dia.

Sebab itulah aku susah nak mengaku kawan.
Kawan, kawan.
Betul-betul spesis udang, kalian.
Bapa udang, ibu lobster.
Similar. Keturunan udang.
Jika tak selindung dicelah lelumut batu, selak saja mi goreng.
Mesti kalian tersorok dicelah timbunan mi itu.

Sudah matur hampir senesen rasanya frustasi ini linger dalam aku.
Bila ada problem saja, mulalah ketuk kotak chatting aku.
Buzz sana, Buzz sini.
Mulalah inbox aku ada muntah merah nombor 1.
Kalau serius problemnya, mungkin muntahkan nombor 2 atau tiga.

Bila senang, aku kata 'hai'
Dia kata 'chow'
Aku teringin nak balas 'Fuck'.

Tak sampai hati pula.
Kawan-kawan.

Bila kawan susah, dan aku pula ada kuasa kata
" Hey. I got nothing to loose!"

Kasihan dan keprihatian pula beriya-iya ajak ke lorong kebaikan.
Tapi nyata kasihan dan prihatin itu sampah, kawan.
Kau pijak-pijak bawah kaki saja.
Dah senang!
Secubit salam undur diri pun tiada.
Haram jadah juga bagi Terima Kasih.

Ah, biarlah.
Bila aku nak tolong, kau boh layan.
Kejap lagi, pasti tak henti-henti telefon sel aku menyanyi-nyanyi.
Inbox pula muntah darah nombor 1, 2, mungkin juga 4.

Aku kakukan hati.
Sejukkan jiwa.
Biarlah. Susah baru nak cari aku.
Marah betul aku.

Tapi inbox dah muntah banyak nombor.
Kotak chat dah diketuk, tunggu roboh saja.
Buzz sana, buzz sini.
Telefon sel bagai hilang suara menyanyi.

Tak sampai hati pula.
Kawan-kawan.

Friday, June 11, 2010

Timah tak tahu apa itu cinta.




Hai.
Saya Timah.
Umur awal 20-an.
Timah tak pernah bercinta.
Timah tak tahu apa itu cinta.

Pernah Timah tanya pada Samsudin, apa itu cinta.
Samsudin kata, cinta itu awek.
Timah angguk.

Esok pula.
Timah tanya Bakar.
Apa itu cinta.
Bakar kata cinta itu melepaskan pergi.
(Kebetulan, kekasihnya baru dilanggar kereta semalam)

Timah perlu eksplanasi lagi.
Timah masih dalam konfius.

Terus saja Timah menghadap Sudin.
(Kali terakhir Sudin yang menyebabkan timah terjun kedalam laut dalam)
Sudin, apa itu cinta?
Timah posisikan tanda soal pada pertanyaan.
Tidak perlu tanda seru pada istimasi.

Cinta?
Sudin buat repitasi.
Ya, cinta.
Timah replikasi.

Cinta itu Insomnia, Aneroksia, Akuafobia, Ablutofobia.
Kau juga akan dapat penyakit buta.
Sudin eksplain lagi.

Timah tidak pasti.
Kali terakhir Timah mempercayai Sudin ketika Timah mellow kelmarin.
Sudin kata yang paling dalam adalah laut.
Justeru, Timah terjun ke dalam laut dalam.
Timah lemas.

Timah berjalan lagi.
Timah terserempak dengan Ramlee.

Ramlee, apa itu cinta?
Selamba saja Timah dengan reaksi innocent.

Ramlee tiada feel.
Tapi Ramlee cuba juga eksplain pada Timah.

Cinta itu sama seperti Timah, bodoh.
Cinta itu sama juga seperti Timah, tiada faedah.
Cinta itu seperti Timah, tercari-cari.
Cinta itu juga saling tak tumpah seperti Timah, buta.
Cinta itu kembarmu Timah, cinta itu tertanya-tanya.
Cinta itu selayaknya seperti Timah, menunggu jawapan yang tak pasti.

Timah terus jote down bait-bait kata Ramlee, tanpa tanda soal.

Oh ya.
Sedikit informasi.
Ramlee juga seperti Timah, tidak pernah bercinta.
Ramlee juga simpan perasaan pada Timah.
Timah tak layan.
Timah tak tahu apa itu cinta.

Tuesday, June 8, 2010

Insomnia Sintetik




Timah runsing.
Malam-malamnya acapkali diganggu kebugaran mata yang tak mahu lelap.
Virus apa yang menyerang matanya juga dia kurang pasti.
Entah. Dia jungkit bahu.
Kepala juga digeleng.

Dinihari kelmarin.
Mellow.

Dia masih tidak dapat lelap.
Oh.
Dia ada idea.
Mari intip fesbuk samsudin.

Timah senyum senget.

Dia sudah intip samsudin.

Bosan juga.
Tiap-tiap dinihari rutin sama.

Timah google.
Apa saja.

Dia fokus satu moment pada satu bibit ensiklopedia.
Insomnia.

Mari kita tulis semula.
INSOMNIA.

Mari ulangkaji. Ibu pasti bangga.

Insomnia adalah ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur.....

Sudah! Sudah!
Timah sudah tak sanggup terus baca lagi.

Ya! sama.
Timah Insomnia!
Timah runsing!
Timah bimbang!
Timah penghidap INSOMNIA!

Timah harus lakukan sesuatu.
Serius.
Ini serius.

Petang.
Mellow.
Tetap sama.
Juga.

Kali ini Timah tinggalkan fesbuk.
Tinggalkan hintipan pada fesbuk Samsudin.
Tinggalkan semua.
Semua ini atas keseriusan virus Insomnia itu.

Doktor bagi instruktur.
Timah.. beliakkan eyeball.
Ya, begitu caranya, sementara doktor suluh nyala torchlight kedalam eyeball Timah.

Timah kata pada Doktor.
Dia Insomnia.
Doktor respon.

"Tidur pukul berapa?"
"Tidak boleh tidur, Doktor"

"Lansung tak tidur?"
"Er.. pukul 6 pagi, Doktor"

"Bangun?"
"Bangun pukul 7, Doktor."

Doktor angguk.
Dia sudah diagnose Timah.
Sah!
Timah ada insomnia.
INSOMNIA.

"Timah, kau telah aku diagnosse. Kau Insomnia. Pesakit dengan insomnia memang akan terjaga dan kurang upaya tidur. Lepas kau bangun pukul 7 pagi itu, apa yang kau lakukan? Eksesais?"

Timah konfius. Intuisi dia kata Doktor ini sudah konfius.
Lebih dari dia.

" Doktor. 7 petang. Bukan 7 pagi."

Saturday, June 5, 2010

Dia Tidak Perlu Kotak untuk Berfikir.



Kali ini Si Liberator ingin berdiskusi tentang seorang manusia.
Ya, lebih tepat, seorang lelaki.
Entah.
Budak lelaki.
Lelaki. Eh, budak lelaki.
Ah, lelaki.
Ya, dia seorang lelaki.
Muktamad.

Seorang sahabat.
Oh, tidak. Dia sebenarnya seorang kawan.
Baiklah.

Begini..
Dia bukan sahabat.
Bukan juga kawan.
Baiklah.. Si Liberator juga keliru dengan hubungan dua hala ini.
Lebih mudah jika kita anggap lelaki ini sebagai kenalan.
Secara insiden.
Insiden. Ya.
Insiden.

Tak perlu diskusi dan kalkulasi apa yang dia telah ciptakan.
Tidak penting juga.

Lama juga.
Si Liberator ushar lelaki ini.
Dari luar sifat mahmudahnya tidak nampak.
Ya. Ada juga.
Kadangkala dengan wajah bersihnya.
Tapi mungkin manusia lain fikir dia prediator cinta.
Lucu.
Tapi Liberator fikir pada suatu sudut paling sempit dari jiwa gelapnya,
Wujud syahdu syahdanya.
Itu harus dikaji.


Liberator ambil moment berswasraya.
Ushar lelaki ini.
Tapi tidak boleh lama.
Dia mungkin milik kuasa.

Mungkin matanya.
Suaranya.
Entah.
Dia misteri.
Ah.. tidak juga.
Dia cuma manusia biasa.
Cuma kurnia dia lebih pada daya memikat wanita.

Oh.
Liberator sudah terlepas kata.
Hensem?
Tidak.
Kaya?
Entah.

Tidak nampak kelibat cap kaya pada dahinya.
Biasa saja.
Tapi apa ada pada Lelaki ini?
Siapa lelaki ini hingga ramai gadis psikodrama?
Terkadang haru juga lihat melankolik gadis-gadis itu.
Bersepah.
Apa syahmura dia guna pakai?

Mari kita buat latihan kumulatif tentang lelaki ini.
Kasutnya.
Tali kasut.
Manusia lain ikat tali kasut kebelakang, dia ikat kedepan.
Itu tak cukup pelik.
Lelaki lain kata "I Love You".
Gadis lain tak peduli.
Lelaki ini kata "Hei Bodoh,. Kenapa dengan kau?"
Terus saja melekat dihati.

Mungkin reseptor-reseptor gadis-gadis ini bertindak secara aneh
dengan inci-inci ayat provokatif lelaki ini.
Tapi Liberator fikir lelaki ini impresionis.
Ya, guna teknik impresionisme bila susun ayat.
Entah.

Ada manusia kata, mereka 'think out of the box'.
Ya.
Mari kita buat kalkulasi.

Jika manusia seratus peratus.
Dua puluh peratus mengaku mereka 'think out of the box'.
Tentunya tujuh puluh sembilan perpuluhan sembilan dan sembilan peratus 'think inside of the box'.
Ya kan?

Eh.
Mana lagi kosong perpuluhan kosong dan satu peratus lagi?
Oh ya, hampir terlupa.
Lelaki ini adalah kosong perpuluhan kosong dan satu peratus itu.
Kerana apa?
Kerana dia tidak perlu kotak untuk berfikir.

Ingin sekali Liberator tahu apa magis yang dia ada.
Ensiklopedia apa yang dia baca.
Falsafah apa yang dia pegang.
Apakah perasaan sebenar dia?

Mungkin istima Liberator terlalu rendah pada pertama kali melihat sisi lelaki ini.
Tapi lelaki ini bukan enteng.
Bukan picisan.
Liberator akui.

Kenapa mahu diskusi tentang lelaki ini?
Ya. ya. ya.
Si Liberator juga harus cari alasan.

Ya. Lelaki ini harus dikaji.
Kerana dia penghancur hati gadis.
Tanpa apa-apa.
Lucu ya.
Kerana Liberator rasa dia ada magis.

Terkadang terlajak juga hati mahu menanya.
Apa ayat dia pakai.
Apa sebab aksinya begitu.
Tapi bila Liberator berfikir semula.
Apa faedahnya?

Masa untuk tidur.
Selamat siang.

Wednesday, June 2, 2010

Kita tak berfikir seperti mereka, kerana mereka "Think out of the box".



Malam semalam aku berbicara dengan dua orang Aktivis seni.
Mahu saja aku letak breket konon pada hujung perkataan Aktivis seni itu.
Persis ini = (Konon).
Tapi mungkin tak sesuai kerana mereka dah pernah dapat award.

Oh, maaf. Pembetulan.
Aku sudah buat kalkulasi tadi.
Bukan bicara.
Tapi berkelahi.
Ya, aku telah hilangkan seorang lagi aktivis yang sama-sama berjuang dengan aku.
Seorang gadis muda. Awal 20-an.
(Sama seperti aku. Awalan 2)

Mungkin perumpamaan itu sukar difahami.
Begini.
Aku tuliskan secara matematikal.

2 orang aktivis bukan seni + 2 orang Aktivis seni = Adil bukan?
(Kali ini aku betul-betul mahu letak breket berisi konon pada perkataan aktivis seni itu!)

Tajuknya: Ah, aku mahu tulis pun rasa kelakar.
(Kalau mahu tahu, P.M aku!)

Aku amat benar-benar butir konversasi mereka.
Bersama kami juga.
Macam-macam teori yang keluar.
Epistemologi lagi.
Kami?
Kami tiada Epistemologi.

Biasalah.
Bahasa seni.
Suka mahu konfiuskan fikiran yang kurang seni ini.

Tak lama, entri baru.
Seorang lagi aktivis seni menyusul.
Maghrur dia.
MasyaAllah.

Bila sudah pandai berfalsafah, perkara absurd pun boleh jadi ensiklopedia.
Dari situ, sifat Mahmudah juga mahu dipancar.

Dengan fikiran yang kurang seni dan dangkal ini, aku mencuba nasib.
Sedikit protes.
Mungkin sedikit ofensif juga.
Tapi kedua-dua pihak harus defensif.

Aktivis seni kata: Kata-kata mereka telah diputarkan. Aku bercakap dengan emosi. Tidak faham konteks. Tiada pendirian. Variasi puji-pujian. Aku senyum saja baca.

Ya. Konteks.

Perasaan bangga bukan perasaan yang tepat untuk gambarkan tulisan ini.
Bukan juga mahu display maglub kalian, si aktivis seni.
Tapi, aku terlihat satu perkara.

Kadang-kadang istima kita terhadap orang lain terlalu rendah.
Hanya kerana orang kenal kita?
Oleh kerana fikiran kita tak sama dengan orang lain?
Think out of the box??
Memang kelakar.

Begini.
Kita sama-sama ada kebodohan sendiri.
Itu semestinya.
Injeksi ayat memang senang.
Nak buktikan?
Perlu juga injeksi hukum yang tepat.

Aku percaya, rata-rata umat dunia ini cuma tahu hukum asas saja.
Aku juga.
Masih dangkal. Tapi aku tak cuba menafikan atau mempersoalkan asas-asas itu.
Itu memang termaktub.
Hukum itu deduktif.
Deduktif!



P/s: Aku sebenarnya minat 2 orang aktivis seni (Konon) tu. Hahahah!