Tuesday, December 20, 2011

Permainan Memang Sudah Berakhir, Tapi Pemadam Dakwat Pensil Kau Masih Tidak Mampu Berakhir.


Kau boleh padam aku dengan pemadam.
Kerana aku sedar, kau mahu melakar aku hanya dengan dakwat pensil.
Pensil hanya mainan ya?

Ya, kau boleh padamkan aku.
Tapi tak mudah.

Kau tahu?
Dakwat pensil itu,dakwat yang terkesan?

Dari esakan kertas yang hampir lusuh itu dapat aku lihat.
Betapa kau ingin memadam aku.

Waktu aku memerhati kau yang sekuat hati memadam aku,
Aku rasakan tangan kau yang terketar menahan gigil.

Silakan.
Padamkan aku dari hidup kau.

Mungkin aku akan terpadam juga akhirnya.
Mungkin sekali-sekala kesan aku akan datang menjengah kau.

Wednesday, December 7, 2011

What You Give, You Get Back. Senang-senang Je.



Ya, benar Afeeqah.
What you give, you get back.

Afeeqah.
Aku dah get back what aku dah gave to engkau.

Ya, padan muka aku.

Tapi tak apa.

What you give, you get back, kan?

Cinta Mati Sudin.


Disuatu senja yang melankolik.
Disuatu sudut, dibawah awan mendung.
(Timah dan Samsudin berdiri berhadapan, Klise.)

Timah merenung mata kosong Samsudin.
“ Samsudin, aku akan cinta kau sampai mati”.
Timah nekad. Timah Rabel.
Revolusi kata Timah.

“ Baiklah”. Samsudin jawab.
Samsudin terus melulu kearah pondok aiskrim.
Dia terus beli aiskrim kon se-ringgit tujuh pu-loh sen.
Dan makan.

Mata hampa Sudin tatap awan melankolik.
Disuatu sudut dia mengintai Timah dan Samsudin.
(Lebih spesifik dicelah batu besar, Klise.)

“ Timah, aku cinta kau sampai mati”.
Sudin senyum.
Dia lalu, buka penutup poison tikus.

Oh, dia baru saja beli di kedai Cina Tupai.
Sudin eksaited. Dia senyum lagi.
Dia minum terus poison itu.

“Lepas ini, Timah akan lebih cinta padaku, kerana aku telah mati”.
Sudin gembira.
Sudin cinta pada Timah sampai dia mati.
Terlalu. Sampai dia mati.

Tuesday, December 6, 2011

Jika Empat Minit Itu Percuma


Jika aku ada empat minit untuk pulang ke masa lalu.
Aku takkan berbuat apa-apa.
Dan tetap akan begitu sehingga keakhirnya.

Jika aku ada empat minit untuk terus-terang.
Aku akan terus berdiam.
Dan akan terus hidup dalam diam. Diam.

Jika aku ada empat minit tambahan dan pulang kemasa lampau,
Aku mahu.
Tapi aku pasti kaku.

Empat minit itu terlalu sempurna hingga aku tak mampu merubah apa pun.
Hakikat senantiasa betul.
Begitu indah untuk diubah.

Aku berdoa.
Kau sentiasa bahagia dan aku tak akan pernah akan fikirkan empat minit ajaib itu.

Selamat hari lahir.
Itu aku ucapkan dari hati.
Percayalah, kau akan sentiasa bahagia.

Monday, October 24, 2011

Mu Memey Bijok.

Pernah tak seorang manusia kata kau satu-satunya yang istimewa?
Tak ada orang lain yang macam kau dalam dunia ni.
Itu dia yang cakap.


*********************************************************************************

Tahniah.
Kau telah ditipu.


Saturday, September 24, 2011

Sementara Aku Memadam Kita.



Mulai ini, kau hanya kesan dalam hidup aku.

Aku padamkan semua.
Kerana kita dah tak wujud.

Dan blog ini bukan dedikasi kondeminasi.
Aku tak semulia itu.

Friday, September 16, 2011

Ajarkan aku jadi hip, pop dan up-to-date.

Aku dah cuba.
Aku sedaya upaya cuba untuk tulis.
Tulisan yang paling pop sekali.

Tapi setiap kali aku cuba untuk jadi pop dan hip.
Setiap kali itulah aku jadi terlalu pop dan hip.
Terlalu pop, hip dan bodoh.
Serta hodoh.

Mengerti?

Monday, September 5, 2011

Jangan Jadikan Bayangan Sebagai Umpanan.


Bayang-bayang adalah sahabat kita.
Sahabat adalah bayang-bayang kita.
Siapa kita.
Cermin kita.

Jika kita hilang sahabat,
Adakah bayang-bayang kita juga hilang?

Tidak mungkin bayang akan hilang.

Melainkan bayang-bayang berubah ikut dari celah mana matahari mahu bangkit.
Ufuk mana matahari mahu lenyap.

Tidak kira bayang-bayang siapa yang berubah.
Matahari tetap saja disitu.
Bangkit, terik dan lenyap saja.

Tuesday, August 23, 2011

Boses are like whatever.

Bla bla bla bla bla bla...
Semua boleh buat.

Boleh?
Talking bla bla bla..
Boleh la.

That's "Boses" idea.

Sunday, July 31, 2011

23 kali Ramadhan.


Ramadhan sudah hadir.
Kali ke-23.

Terima kasih Allah.
Kerana beri aku Ramadhan ke-23.

Harap-harap ada Ramadhan ke-24 buat aku.

Monday, July 18, 2011

Bohong dan Benar Pernah Jadi Sahabat.


Don't count on me.
Don't cry.
My shoulder are not meant for you.

Terjemahannya:

Percayalah pada aku.
Menangislah.
Bahu aku sentiasa ada untuk kau labuhkan tangismu.

(Dan aku berbohong seumur hidup hanya untuk meminjamkan bahu yang rapuh ini)

Thursday, July 7, 2011

Kita Kekal Disitu Sebagai Rahsia.



Masih ada sisa perasaan.
Masih tertanam.
Masih tak terungkap.
Kerana dia tinggal terlalu dalam, disudut paling hitam.

Yakin.
Bukan dia.

Mungkin tidak apa, kalau bukan dia.
Yakin.

Tuesday, July 5, 2011

Palestina, Kita Hanya Memerhati.


Palestina.

Perasaan rindu aku membuak-buak.
Bila ketikanya aku dapat memijak bumi deritamu.
Rasakan esak tangis isi mu, Palestina.

Palestinaku yang kata mereka tak penah aman.
Aku rindu.

Mereka disini nampak aman.
Tapi dalam jiwa penuh gelodak.
Disini kata aman, disana kata adil.
Syahmura mereka,kata-kata.

Hatta.
Kita berbeza.
Syahmura kita, jiwa kita.

Disana dan disini.
Juga ada di Palestina.
Ada agenda.
Dua-dua pun sama,korup.

Palestina,
Kau lihat.
Mereka disini tak mahu keamanan.
Mereka mahu kaya sama rata, saudara itu jadi yang kedua.

Mereka kata mereka berjuang.
Tapi mereka berperang.

Barangkali mereka mahu tukarkan aman ini dengan derita kau,
Palestinaku.

Bawakan aku kedalam pelukanmu,
Biar darah aku tumpah dibumi bergolakmu.
Aku tak mahu hidup dalam bumi yang suci sisinya.
Tapi isinya benci.

Palestina aku.
Aku mahu kesana.
Dan mati bersamamu.

Tuesday, June 21, 2011

Telinga Untuk Melihat.


Lebih manis untuk tidak mendengar, daripada beri luka untuk pura-pura mendengar.

Itu lebih pedih.

Monday, June 20, 2011

Pesanan Buat Timah.


Buat Timah,

Tak perlu palsukan rasa.
Tak usah plagiat perasaan.
Kerja bodoh.

Mainkan lagu Nirvana.
Dan kau boleh 'high'.

Kurt Cobain janji akan beri sayap.
Tak percaya?

Gali kubur dia.
Tentu dia suka.


Yang benar,
Anonymous.

****************************************************************************

* Timah bingung.
Surat layang ini betul-betul misteri.

Oh ya, Timah perlu telefon Sudin.
Dengar-dengar Sudin sudah berjaya mendapat pekerjaan besar.

Posmen.
Ya, Sudin jadi Posmen.

Kau Tahu, Bukan Begitu.

Aku kira.

Kita tak pernah sedekat hari itu.
Kita tak pernah senyum bersama seperti itu.

Ya, kita memang langit dan bumi.
Kau langit yang gilang gemilang.
Aku bumi yang bersinar.

Kita telah jatuh cinta.
Semula.
Seperti dulu.

Aku sudah bersedia.
Mari bercinta semula.
Sekali lagi.

Monday, June 6, 2011

Ray Ban Sudin Bukan Untuk Dijual.


Hari ini istimewa.
Hari piknik.
Timah, Sudin dan Samsudin.

Hari terik.
Sunrise sedang senyum.

Timah rasa Samsudin macho.
Samsudin pakai cermin mata gelap Aviator Ray Ban.
Harga.
Dia saja yang tahu.

Apa Samsudin fikir Sudin tidak mampu?
Sudin juga mahu macho dengan cermin mata gelap.
Sudin juga pakai Ray Ban.
Tapi bukan aviator.
Sudin pakai Wayfarer Ray Ban se-puluh ringgit.

Oh,Timah baru perasan.
Dia tidak dapat bezakan Ray Ban Sudin dan Samsudin.
Dua-dua juga serupa.

Oh mungkin boleh.
Jika tag harga masih kekal.
Mungkin Timah boleh bezakan.

Tag mahal.
Samsudin Punya.
Tag se-puluh ringgit.
Pasti Sudin punya.

Tapi Timah tetap rasa sama.

Sunday, June 5, 2011

Jangan-jangan Jiwa Aku, Jiwa Terrorist.


Osama sana, Osama sini.
Mati sana, mati sini.

Obama sini, Osama sana.
Obama, Osama.

Kalau tak kenal, sangka kita mesti indah.
" Adik-beradik gamaknya.."
Silaturrahim memang indah.

Osama, memang benar Obama memang bukan sebahagian dari kita.
Kerana kita berjiwa terorist.
Kerana Obama berjiwa fobialist.

Mari rendam biskut dalam air kopi.
Dan kita akan tenang selamanya.

Wednesday, June 1, 2011

Hei Jahanam. Ini Untuk Kau.



Bukan.
Kau bukan yang terindah sepanjang hidup aku.
Tapi aku cuba indahkannya.
Dan aku gagal.

Aku takkan Klise untuk ucapkan:
Selamat berbahagia dengan si dia.
Pergi jahanam.

Tapi.
Kau akan bahagia.
Itu baik juga.

Aku kira.
Tiba masanya untuk kau ucap selamat tinggal.
Bukan aku.
Lambai sepuas-puasnya pada aku.
Pandang ke depan, dan bersumpah.
Takkan menoleh.
Kekiri jangan. Kekanan juga tidak.

(Dan aku berharap kau akan menoleh kebelakang.)

Wednesday, May 25, 2011

Kita Tak Pernah Padan.


Dan.
Aku dah selamat sampai.
Hati saja yang belum selamat pulang kepada aku.

Tapi.
Hati masih disini tetap pedih.
Masih mencari jalan pulang.
Jalan yang betul-betul selamat.

Dan.
Aku betul-betul berjalan sendiri.
Melihat sendiri, berdiri sendiri.
Melihat seorang diri dengan bayang seseorang.

Tapi.
Aku rasa mati.

Dan.
Apabila aku mula mengkehendaki yang mustahil,
Merasa yang mustahil.
Aku sudah sedia menggali kubur mewah menguburi diri sendiri.
Saat itulah aku mulai mati.

Tapi.
Saat aku curi-curi pandang kau dari belakang.
Aku tahu kita tak padan.

Dan.
Tiada kata.
Aku harap kita tiada apa.
Biar aku yang kehilangan kau.

Tapi.
Aku tak izinkan kau kehilangan aku.

Dan.
Jaga diri.
Kita takkan jumpa lagi.

Monday, May 16, 2011

16 Mei Buat Guru Sintetik.


16 mei tadi aku terpandang.
Rajuk pengajar.
Tiada murid ucap selamat.
Selamat 16 Mei pada dia.

Tak kasihan pun.

Mungkin aku terlalu sinikal.
Ya, aku sinikal.
Sinikal pada jejeran faktual bahawa itu bukan sifat seorang 16 Mei.

Lantas, ada yang sambut.
Ucap 16 Mei.

Sepi saja.
Tiada bersambut mahu salam.
Terima kasih juga sepi.

Mungkin aku terlalu paradoksikal.
Bersangka jahat dengan paramasastera parewa.

Parasintesis aku kompleks, tapi ada qias.
Jika kita nak dihargai,kita sambut dengan menghargai.

Cikgu, Selamat hari guru.

Buenos Noche.

Tuesday, April 19, 2011

Pari-pari berkedip


Bila aku buka mata, aku nampak pari-pari kecil.
Pari-pari terbang.
Pari-pari ada sayap.
Silau terbang ditepi mata.
Rasa tangan boleh gapai.
Tapi itu pari-pari kecil.
Bukan pari-pari biasa.
Oh, mereka juga bernyanyi riang.

Bila aku pejam semula, aku juga lihat pari-pari.
Masih lagi pari-pari kecil.
Kali ini pari-pari berkedip-kedip.
Bagai menari-nari.
Melambai pada aku, suruh ikut menari.

Aku tanya, mengapa aku perlu menari,
Pari-pari kecil bisik,
"Kerana kau pari-pari besar"

Tapi aku tiada bersayap.
Pari-pari kecil bisik lagi,
"Kau pari-pari besar, tak perlu sayap"
Sayap akan buat kau jatuh dan jauh.
Pari-pari kecil menangis.

Hanya pada satu detik.
Pari-pari semua hilang.
Aku bisik, aku rayu.
Aku bernyanyi.
Tiada juga kembali.

Pari-pari kecil.
Mungkin kau sudah hilang, pulang terbang ke syurga.
Aku bagaimana?

Tuesday, April 5, 2011

Teritori Dalam Sekuriti.


Jalan sini, jumpa lelaki.
Jalan sana, lelaki juga.
Ada momen, baru aku terasa seperti perempuan.
Ada beza.
Jaga-jaga. Kawasan ini teritori Lelaki.
Lelaki sana, lelaki sini buatkan aku selalu saja buat pusingan U.

Fobia apa pun aku tak pasti.
Fobia natural, atau fobia sintetik.
Tuhan saja yang tahu.

Risau kalau ada 'hai' dihujung jalan.
Risau kalau-kalau terpaksa zakatkan senyum.
Risau kalau-kalau datang pujuk rayu.
Risau kalau-kalau terpandang.

Takut.

Wednesday, March 9, 2011

Bumi dan Globe adalah perkara yang sama.



Pernah dulu aku persoalkan bulatnya globe.
Tapi cikgu kata, itu bukan sekadar globe.
Bukan juga hanya suatu bulatan.
Cikgu kata itu dunia dan takdir.

Aku senyum sinis.
Karut.
Masakan kita tak pernah jatuh berjalan diatas globe.
Globe bulat.
Oh, sfera, kata cikgu.

Tapi, hari ini aku percaya.
Globe itu dunia.
Dunia bukan hanya bulatan yang sedar-sedar saja jadi sfera.
Bukan. Bukan.

Dunia sfera, kerana aku telah jatuh.
Jatuh ditempat dimana aku bermula.
Dunia ini memang sfera.
Kecil dan kebetulan.
Bulat dan sfera.

Kita akan tergantung dan akan jatuh.
Tunggu.

Sunday, February 6, 2011

Kali ini saja. Pertama.


Pertama kali.
Prima.
Sebenarnya harapan.

Terima kasih kerana sudi jadi pertama kali aku.

Setiap pertama kali pada aku,
Setiap kali itu lah yang pertama.
Tidak pernah sama.

Setiap kali pertama itu aku catat.
Pertama kali itulah yang aku kenang.

Pertama kali itulah yang terakhir.
Jangan pernah akhirkan yang pertama kali.

Saturday, January 29, 2011

Belilah kebahagian dengan lebihan kekayaan itu.



Dari celahan senja, Timah ternampak Sudin.
Kali ini Sudin diam kaku.
Enggan memaling muka.

Timah rasa janggal dengan Sudin yang tidak dangkal.
Pada hari ini, bukan pada sebelumnya.
Timah cepat-cepat investigate sikap freak Sudin itu.

"Sudin, pasti tak sedar Timah disini, bukan?"
Sudin buat tidak faham. Batu saja.
Probabiliti Sudin memang tidak sedarkan Timah memang besar.
Sesat dalam belukar senja, itu posibilitis.

" Sudin, hari ini Timah banyak wang, mari Timah belanja?. Kata saja Sudin mau apa, Timah belikan.."

Kali ini Sudin cepat-cepat paling.

" Boleh Timah belikan Sudin kebahagiaan?"

Wajah Sudin ada cahaya putih.
Lip lap.Lip lap.


" Dimana Timah boleh beli kebahagiaan itu? Timah tak tahu dimana kedainya?"

Timah obvious bingung.

Cahaya putih pada wajah Sudin padam.
Dup dap. Dup dap.
Jantung yang dengan Ventrikal perlahan. Laju. Perlahan. Laju.

" Tapi Samsudin kata hanya Timah yang tahu dimana Sudin boleh beli kebahagiaan.."