Monday, January 5, 2015

Hari Jadi Sudin.



Hari ini harijadi Sudin.
Fauziah, Ramlah, Ramli juga Samsudin.
Semua ucap selamat pada Sudin.
Sampai giliran Timah, Sudin hampa.

“Mana hadiah aku, Timah?”
Timah geleng 360 darjah.
“ Timah belum dapat bonus”.
Timah pegang bahu Sudin, sambil menjeling kalau-kalau Samsudin ada di mana-mana.

Sudin hampa. Lagi.
Sekali lagi.
Tapi Sudin kata, tidak mengapa.
“ Kau dah beri lebih dari hadiah"

Timah rungsing.
Seingat dia, tidak pernah dia hadiahi Sudin apa-apa.
Timah ada bau-bau curiga.

Timah pun soal Sudin.
“Apa yang telah aku beri?”

Sudin jawab.
“Kau bungkuskan aku derita dengan begitu kemas dan cantik, bersama perhiasannya. “

Samsudin tak mungkin mendapatkannya.


Terima kasih Timah.





Ke Dandervander ke Sudin?


“Sudin, lihat ini!”
Timah hulur sekeping gambar panorama pada Sudin.

Apa tempat ini?
(Sudin tidak tahu tempat ini, kerana dia tidak minat geografi)

Oh, tempat ini namanya Dandevander.
Negeri Magis.

“ Hatiku telah terbang sampai disana!”
Anak mata Timah mengembang.

Sudin terpegun.

“Aku mahu kesini bersama Samsudin”. Kata Timah.
Sudin cepat-cepat bangun.

“ Eh, kau mahu kemana Sudin?”
“ Aku mahu kemaskan beg, takut terlewat!”
“ Kemana?”

 “Dandevander, negeri Magis!”
 Kenapa kau mahu kesana?

“Kerana hati kau telah sampai disana. Aku perlu menemani hatimu disana”.