Wednesday, October 21, 2015

Aku cuma insan yang tidak pernah 'in' dengan manusia lain.

Tengahari tadi.
Aku cuba buat-buat sembang.

Aku cuma sebut,
Dalam hidup aku, aku tak ada permintaan yang besar.
Aku cuma ingan sebidang tanah ditepi pantai
Dan aku akan tanam padi untuk nasi dan menjala untuk ikan.

Dan mereka hanya terdiam.

Dan beberapa minit selepas itu,
Mereka bersembang tentang susu, pampers dan suami yang leceh.

Tuesday, October 20, 2015

Perasaan Tanpa Arah.

Aku semacam ada satu perasaan pelik merayap dalam hati.
Pelik dan mengganas.
Semacam pedih menggila.

Aku cuba tanyakan Timah,
Tapi dia pun tak tahu.
Lantas aku minta Timah tanyakan Samsudin,
Apa kena dengan emosi yang menggila ini.

Tapi Samsudin buat tak tahu.

Samsudin suruh Timah tanya Sudin.
Tapi Timah kata Sudin tak tahu apa-apa
tentang perasaan.
Sudin bukan manusia.

Ah, celaka.
Sudin terdengar Timah kata dia tak tahu apa-apa tentang perasaan kerna dia bukan manusia.

Aku pun datang dekat Sudin, lantas aku pegang bahunya.
Dan aku tanya.

'Apa perasaanmu, Sudin'.

Sudin kata dia sedih.
Aku tahu. Pasti kau sedih kerna Timah kata kau bukan manusia.

Sudin pandang tembus ke-dalam mata aku.
Tentulah bukan kerna itu.
Sudin pedih kerana Timah kata Sudin tidak tahu apa-apa tentang perasaan.

Sudin tanya padaku.
Sudin semacam ada perasaan pelik merayap dalam hatinya.
Pelik dan mengganas.
Semacam pedih menggila.

Entahlah.
Entah. Entah aku tak tahu.

Aku suruh Sudin tanya pada Timah tentang perasaan pelik, pedih, ganas dan gila yang dia rasa.

Ya, dan Timah tanyakan Samsudin.
Dan Samsudin suruh tanya pada aku.

Dan aku masih tak tahu.
Kemudian aku tanyakan pada Sudin.

Sudin kata entah.
Dia bergegas ke rumah Timah.

Tapi Timah tiada dirumah.
Kerana dia ke-rumah Samsudin untuk tanya Samsudin tentang perasaan pelik, pedih, ganas dan gila yang aku rasa.

Monday, October 5, 2015

Kawanku, si manis.

Kawan, aku rindu kau.
Kawanku yang manis.
Kawanku yang naif, tapi manis.
Semanis gula.

Kawanku yang manis.
Kau kembali jadi orang yang baru.
Hebat dan hippies.
Kau nampak cool.

Tapi kau tak lagi manis.
Kau kuat dan menghakis.
Kau dah jadi asid.

Kau simbah ke dalam hatiku.
Yang sentiasa pedih.

Kemana kau pergi,
Kawanku yang manis?