Tuesday, April 19, 2011

Pari-pari berkedip


Bila aku buka mata, aku nampak pari-pari kecil.
Pari-pari terbang.
Pari-pari ada sayap.
Silau terbang ditepi mata.
Rasa tangan boleh gapai.
Tapi itu pari-pari kecil.
Bukan pari-pari biasa.
Oh, mereka juga bernyanyi riang.

Bila aku pejam semula, aku juga lihat pari-pari.
Masih lagi pari-pari kecil.
Kali ini pari-pari berkedip-kedip.
Bagai menari-nari.
Melambai pada aku, suruh ikut menari.

Aku tanya, mengapa aku perlu menari,
Pari-pari kecil bisik,
"Kerana kau pari-pari besar"

Tapi aku tiada bersayap.
Pari-pari kecil bisik lagi,
"Kau pari-pari besar, tak perlu sayap"
Sayap akan buat kau jatuh dan jauh.
Pari-pari kecil menangis.

Hanya pada satu detik.
Pari-pari semua hilang.
Aku bisik, aku rayu.
Aku bernyanyi.
Tiada juga kembali.

Pari-pari kecil.
Mungkin kau sudah hilang, pulang terbang ke syurga.
Aku bagaimana?

Tuesday, April 5, 2011

Teritori Dalam Sekuriti.


Jalan sini, jumpa lelaki.
Jalan sana, lelaki juga.
Ada momen, baru aku terasa seperti perempuan.
Ada beza.
Jaga-jaga. Kawasan ini teritori Lelaki.
Lelaki sana, lelaki sini buatkan aku selalu saja buat pusingan U.

Fobia apa pun aku tak pasti.
Fobia natural, atau fobia sintetik.
Tuhan saja yang tahu.

Risau kalau ada 'hai' dihujung jalan.
Risau kalau-kalau terpaksa zakatkan senyum.
Risau kalau-kalau datang pujuk rayu.
Risau kalau-kalau terpandang.

Takut.

Wednesday, March 9, 2011

Bumi dan Globe adalah perkara yang sama.



Pernah dulu aku persoalkan bulatnya globe.
Tapi cikgu kata, itu bukan sekadar globe.
Bukan juga hanya suatu bulatan.
Cikgu kata itu dunia dan takdir.

Aku senyum sinis.
Karut.
Masakan kita tak pernah jatuh berjalan diatas globe.
Globe bulat.
Oh, sfera, kata cikgu.

Tapi, hari ini aku percaya.
Globe itu dunia.
Dunia bukan hanya bulatan yang sedar-sedar saja jadi sfera.
Bukan. Bukan.

Dunia sfera, kerana aku telah jatuh.
Jatuh ditempat dimana aku bermula.
Dunia ini memang sfera.
Kecil dan kebetulan.
Bulat dan sfera.

Kita akan tergantung dan akan jatuh.
Tunggu.

Sunday, February 6, 2011

Kali ini saja. Pertama.


Pertama kali.
Prima.
Sebenarnya harapan.

Terima kasih kerana sudi jadi pertama kali aku.

Setiap pertama kali pada aku,
Setiap kali itu lah yang pertama.
Tidak pernah sama.

Setiap kali pertama itu aku catat.
Pertama kali itulah yang aku kenang.

Pertama kali itulah yang terakhir.
Jangan pernah akhirkan yang pertama kali.

Saturday, January 29, 2011

Belilah kebahagian dengan lebihan kekayaan itu.



Dari celahan senja, Timah ternampak Sudin.
Kali ini Sudin diam kaku.
Enggan memaling muka.

Timah rasa janggal dengan Sudin yang tidak dangkal.
Pada hari ini, bukan pada sebelumnya.
Timah cepat-cepat investigate sikap freak Sudin itu.

"Sudin, pasti tak sedar Timah disini, bukan?"
Sudin buat tidak faham. Batu saja.
Probabiliti Sudin memang tidak sedarkan Timah memang besar.
Sesat dalam belukar senja, itu posibilitis.

" Sudin, hari ini Timah banyak wang, mari Timah belanja?. Kata saja Sudin mau apa, Timah belikan.."

Kali ini Sudin cepat-cepat paling.

" Boleh Timah belikan Sudin kebahagiaan?"

Wajah Sudin ada cahaya putih.
Lip lap.Lip lap.


" Dimana Timah boleh beli kebahagiaan itu? Timah tak tahu dimana kedainya?"

Timah obvious bingung.

Cahaya putih pada wajah Sudin padam.
Dup dap. Dup dap.
Jantung yang dengan Ventrikal perlahan. Laju. Perlahan. Laju.

" Tapi Samsudin kata hanya Timah yang tahu dimana Sudin boleh beli kebahagiaan.."

Sunday, December 26, 2010

Belilah apa saja dengan duit.


Ya, aku salah.
Terlalu konservatif, terlalu mundur.
Tak open minded. Tak cool.

Nyata apa yang aku percaya, semua karut.

Ya, betul.
Semua boleh dibeli dengan duit.
Termasuk hati.

Hati panas boleh sejuk.
Kipas saja dengan duit.

Berapa kecewa pun, itu hakikat.
Duit bukan segalanya hanya satu carutan.
Aku dah saksikan.
Ilusi kelakar.
Padam saja semua kata itu.

Duit memang segalanya.
Segalanya.

Sunday, November 28, 2010

Papan Tanda Bagi si Curang.


"Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi.” Maka orang-orang Yahudi akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok (kerana takutkan orang-orang Islam) dan batu-batu dan pokok-pokok tersebut berkata kepada orang-orang Islam: "Wahai Muslim! Wahai hamba Allah! Ini Yahudi dibelakangku. Bunuhlah ia!. Kecuali pohon 'Gharqad' kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi".

Sabda Rasullullah S.A.W


Aku kira manusia yang tiada kuasa boleh tunjuk arah pada si Laknatullah.
Si Curang, si pendua.
Yahudi atau non-Yahudi.
Dibelakang batu, dicelah pokok mahupun didepan mata.

Allahuakbar.

Friday, November 26, 2010

Secalit Signatur, Sedapkan Hati.


Sudah berminggu-minggu.
Aku dah berkira-kira nak mencoretkan sesuatu.
Mahupun sebuah signatur untuk mengisi sedikit ruang kosong dilembaran sesak ini.
Tapi malas dah bertali arus asyik memujuk rayu.
Esok boleh. Lusa lebih afdhal.

Hari ini jari-jari padat ini mengesot untuk calitkan sedikit kesan signatur.
Untuk padatkan aksi dengan sedikit ensiklopedia dan sedikit cereka.
Mungkin sedikt Non-Fiksyen.

Baiklah.
Inilah masanya,kita calitkan signatur.


Signatur.

Sunday, October 31, 2010

Kejahatan Kau Madu Pada Aku.


Kata-kata bukan hanya dibibir saja.
Jari juga bertutur.
Bukan bunyi saja yang bersuara.
Huruf juga berkata-kata.

Kata-kata manis tak semestinya beri kemanisan rasa.
Tapi kadang-kala rasa sakit itu ada madunya.
Ada senyumnya.
Ada kenangannya.
Ada sayangnya.

Curahlah pahit sepahit-pahitnya.
Pukullah sekuat hati.
Agar rasa sakitnya hilang sakit.

Kau itu sebenanya sakit yang tak terperi.
Hingga tak hilang walau sesaat pun.
Tapi sakit itu yang menghidupkan mati hidup ini.

Kata kau, kita simpan.
Kasar tapi manis.

Terima kasih atas kata-kata itu.
Itu suatu kesan.
Itu madu.

Thursday, October 28, 2010

Berikan Sedikit Rasa Manis Pada Aku.

Ini cerita kelmarin.
Tapi cerita ini dah bawa mimpi aku melayang-layang.

Dari telus dinding kaca lutsinar, roh aku terkaku melihat suatu susuk.
Ya, ia bukan satu, tetapi sesuatu.
Lama perasaan ini tak serang hendap aku.

Pesonanya lebih dari imprimatura fantasi Da Vinci.
(Mungkin impresionisme aku berlebih-lebih tahap ini).
Salahi mata ini.
Mata aku infiniti!

Mata dia memandang mata infiniti aku.
Mungkin aku terlupa, mata dia lebih infiniti dari segala mata.
Segera kanta mata berbingkai yang sedia betali bergayut dileher bertenggek dibantang hidungnya.
Dia tahu aku tahu dia.

Impuls aku kata, pergi.
Sapa dia.
Tapi aku impresionis.
Patut susun bait puisi.
Biar indah.

Dia mula mundar-mandir.
Tapi dia tetap di situ.
Bagai tegak merenung jendela dunia sebelah sana.
Aku pula jadi lutsinar.
Memerhatikan sinarnya.
Mempersonakan.

Kemudian dia pergi saja.
Berlalu dibawa gadis punjabi.
Rambut putihnya aku rasakan puitis bila gerbang dihayun angin.
Beg plastik yang diusung bagaikan melambai, minta diri.
Baju pagoda lusuh, serasa aku tak layak baginya.
Tapi itu realiti dia.
Manusia bagai tak tak kenal nama.

Saat dia melangkah,
Sedikit-sedikit figura tua itu hilang.
Mata aku tidak lagi infiniti.

A.Samad Said.
Sumpah, kali kedua kita bertemu,
Kita akan baca The Dead crow bersama.

Tuesday, October 19, 2010

Kini Hanya Timah dan Sudin.


Sudin,bagaimana agaknya wajah samsudin?
Timah bersuara.
Tapi Timah tiada mata.

Sudin ada mata.
Tapi tiada suara.
Sudin rangkul tangan Timah.

Sudin bawa tangan Timah mukanya.
Biar Timah nilai estetika wajahnya.
Timah senyum.

"Itu wajah Sudin, bukan Samsudin".
Wajah Sudin Timah tolak.

Lidah kelu Sudin bisu.
Oh, ya, Sudin sememangnya bisu.
Dia ajak hatinya berbisik.

"Rupanya Timah tahu rupa Sudin, bukan Samsudin".

Tuesday, October 5, 2010

Mata dan telinga Lotus tua.


Terima kasih tasik dengan Lotus tua,
Sama juga bagi angin sejuk yang membawa tubuh Lotus melambai sayu.
Lotus tua, terima kasih.
Kita sama,perlu teman.
Teman yang sama rasa keseorangan dalam ramai.

Lotus tua mendengar aku.
Tak seperti teman muda.
Mahu didengari, tapi tak mahu mendengar.
Beritahu angin, tak usah khabarkan pada teman aku yang muda,
Aku menangis sambil berpaling,
Kerana telinga mereka tak mahu melihat aku.
Mata mereka tak mahu mendengar aku.

Lotus tua, terima kasih.
Pinjamkan aku sepasang telinga yang boleh melihat.
Kasihani aku dengan sepasang mata yang boleh mendengar.
Terkadang aku tak dapat melihat mata dan telinga halimunanmu.
Tapi aku tahu kau mendengar dan melihat aku.

Lotus tua.
Temanku.
Teman mendengar.
Esok aku datang lagi.

Tuesday, September 21, 2010

Kadang kala kita lakukan kesalahan yang sama, ditempat yang berbeza.


Bila seorang manusia hidup, dia akan lakukan dua kesilapan.

Pertama : Salah mencinta.
Kedua : Salah tidak mencinta.

Aku kalah pada yang pertama.
Aku teruskan hingga itu bukan lagi suatu kesilapan.

Monday, September 20, 2010

Timah tidak ucap 'Bye' pada Samsudin.


Timah dan Samsudin bertembung sebagai suatu kemalangan di depan kedai runcit Rahim.

Timah: Hai. Lama tak jumpa?
Timah kuntum senyum, penuh harapan. Matanya bundar redup.

Samsudin : Oh, Hai. Ya, lama tak jumpa.
Timah: Rupa Samsudin sudah berubah.
Samsudin: (Hairan). Berubah seperti apa?

Timah: Berubah seperti Sudin!

Samsudin: (Pelik). Timah tak gemarkan Sudin, kenapa namanya disebut?
Samsudin berkira-kira dalam hatinya.

Timah: Timah pergi dulu ya!
Timah hayun langkah, tanpa berpaling. Samsudin juga.

Timah: Bukankah lebih baik jika wajah Samsudin benar-benar reflekskan wajah Sudin. Mungkin Timah boleh lupakan Samsudin.

(Timah bermonolog dengan diri sendiri).

Sunday, August 29, 2010

Every Bruises is a Punch.


Lonely.

The entry of Lunatic.
It punch into heart.
Even like a squeeze of feels.

Yes, it is.