Wednesday, October 9, 2013

Sahabat Balduku, Lavender.

Aku cuba berbual dengan sahabat-sahabat Lavender aku yang nampak hairan dengan gaya hidup aku.

Aku cuba bersikap peramah.
Tapi mereka tak faham.
'Kami dari Australia'
Katanya.

Baiklah.
Aku memang tak perasan.
Depa memang dari Australia.

Mereka kata, Aku patut jadi Lavender.
Aku tanya kenapa.
Mereka kata aku nampak tenang, harum dan ungu.

Dan aku kata pada mereka,
Jadi aku sepatutnya hempedu di masa lampau
Kerana sepanjang hidup aku cuma rasa
kepahitan.
Hitam dan pahit.

Dan aku tersenyum.
Mungkin betul aku patut jadi Lavender.
Sehingga ada seorang Lunatic petik aku dan kurung aku dalam botol kaca, dan cuba berbual-bual dengan aku dalam bahasa asing.

Sehingga kini aku masih tenang, harum dan ungu.
Walaupun aku hanya manusia.
Dan masih manusia.

Wednesday, October 2, 2013

Hidup Jangan Mati.

Oleh kerana aku bukan ustazah, jadi Allah murnikan aku dengan berada dekat dengan ustaz.

Ya, ustaz-ustaz.

Seorang ustaz kata,
Dunia ni bulat.
Hujan ka..
Panas ka..
Kita akan dok tang tu jugak.

Jadi jangan menyesal.

Masalah akan sentiasa selesai.
Macamana pun caranya.

Yes, it isn't.

Kerana kau bahagia.

Malam adalah masa paling sesuai untuk merindu.
Rindu rasa pedihnya hati aku kau sakiti.
Rindu parah jiwa aku kau guris.

Namun akhirnya kau pergi
Dan temui bahagia.

Tidak.. bukan aku yang derita.
Dan tak mungkin derita.

Kerana aku sedang lihat kau bahagia.

Tuesday, March 26, 2013

Season.





















You know,

Love came like summer.
Light and warm.
It keeps on blooming like spring,
like there is no end.

Until you realize, it begin to fall,
like autumn.
It's get colder, almost like winter.

And never come back.

Monday, March 25, 2013

My Friend and I.


My dearest friend.
She choose to leave.

And I,
Have to stay.

Wednesday, February 20, 2013

Dandevender.




Aku harap,
Aku adalah seorang Dandelion yang berupa Lavender.
Dande-vender.

Harum.
Ungu;
dan melayang.

Kemudian,
Mati bila musim pergi.

Tapi, akhirnya aku hanya seorang manusia yang tetap berupa manusia.

Thursday, January 31, 2013

Alhamdulillah.

Terima Kasih Allah, beri segala yang aku mahukan.

Dan aku benar-benar sedar,
Semua yang aku dapat tak semestinya terbaik buat aku.

Memang benar.

Thank you, Allah.


Thursday, January 17, 2013

Apa itu Cukup?













Selama mana pun manusia diberikan masa,
selama itulah manusia takkan merasa cukup.

Selama mana manusia diberikan peluang,
selama itulah peluang itu dibiarkan.

Jadi, biarkanlah.

Itulah keistimewaan manusia.
Tak pernah merasa cukup.

Monday, January 14, 2013

Apa Ada Dalam Hati.




Kan betul?
Allah saja yang tahu apa dalam hati kita.

Kata lah apa saja.
Anggaplah apa saja.
Apa saja.

Dalam masa-masa begini,
Aku dah tak pentingkan apa perasaan kau.
Kerana memang aku takkan tahu apa dalam hati kau,
(yang dulunya aku mengerti)
Hanya Allah saja tahu apa dalan hati kau.
(kau pun tahu)

Dan kau tak perlu nak memahami aku.
Hanya Allah tahu apa dalam hati aku.



Wednesday, January 9, 2013

Timah Cuma Tinggal 75 Tahun Sahaja Lagi.















Sudin nekad.
Dia bertegas.

"Timah, aku hanya akan tunggu kau 100 tahun saja. Kau takkan bertemu aku lagi pada tahun yang ke-101".

Dalam hati Sudin dia yakin, Timah pasti akan mencintainya kerana pada tahun yang ke-100 itu, Samsudin pasti sudah mati.

Timah pandang tepat ke wajah Sudin.

Bodohnya kau kerana menyangka kau akan hidup 100 tahun.

Oh, kalau begitu,
Aku hanya akan menunggu kau sehingga tahun ke-99 saja.
Masa kau tak panjang, Timah.





Tuesday, January 8, 2013

Bila?


Dunia aku rasa bagaikan penjara,
Tuhan, bila aku boleh bebas?


Thursday, December 6, 2012

Sangkaan Aku.

Aku sedang cuba mengharungi hidup yang lebih humble.
Pretty humble, you know.

Aku cuba tinggalkan hidup lalu yang boleh dikatakan..
Glorious-fun-daring life.
Perasankan?

Dan aku menyesal.
Kerana aku sangkakan aku bahagia.




Thursday, November 8, 2012

Salah Aku.

Salah aku.

Kerana dulu aku jadikan manusia,
tempat mengadu.
Lebih daripada aku mengadu pada Yang Esa.

Salah aku.

Kerana dulu aku percaya kata-kata manusia,
Lebih kata-kata Yang Maha Kuasa.

Salah aku.

Kerana mengharapkan manusia memahami aku,
Lebih daripada Yang Maha Pengampun memahami aku.

Salah aku.

Kerana mengharap manusia akan jadi teman baik aku,
Lebih daripada Yang Maha Kuasa menjadi peneman aku.
Waktu senang.
Waktu susah.

Salah aku.

Kerana akhirnya semua manusia meninggalkan aku.
Namun, Yang Maha Mengasihani tidak sekali pun mengabaikan aku.

Semuanya salah aku.
Allah.



Wednesday, October 31, 2012

Alasan.


Kadang-kadang, banyak perkara yang aku tak faham, dan takkan faham
Selama mana aku diberi penjelasan.
Penjelasan tak semestinya menjelaskan pandangan.

Yang sebenarnya aku bukannya mahu penjelasan,
tapi lebih kepada kebenaran mengikut acuan aku sendiri.
Aku sebetulnya mahu penjelasan itu memuaskan hati aku.
Tapi itu semua jauh dari kenyataan.

Jadi, pada aku, penjelasan adalah satu nota kaki yang takkan pernah terangkan rasional sesebuah tindakan.
Sama seperti nota kaki yang hanya menjelaskan, tapi tidak memberikan apa-apa makna.

Jadi, aku ambil keputusan untuk kekal bersama persepsi aku sendiri.



Itulah Sebabnya.


Jadi,itulah sebabnya orang tak menyayangi aku?
Kerana aku tak pernah menyayangi orang.