Friday, September 12, 2014

NZ

Love at first-site.

Tentu tempatnya nyaman sampai aku termimpi-mimpi.
Umpama mencuci mata dengan menthol pasti mata aku nyaman.

Ah.
Segan pula aku sama-kan kau dengan menthol.

Kau impian aku.
Tapi aku malu.

Bagaimana jika kau merenung aku dengan gunung-gunung anggunmu.

Apakah kau akan menulis puisimu dengan sungaimu yang mengalir manis?

Tapi aku tak pasti,
Tiba-tiba aku jadi begini romantis.
Mungkin betul aku sudah ada
Love at the first-site syndrom.

Doakan aku ada nyawa.
Nanti September kita ketemu.
Peluk aku erat-erat.
Nanti aku kesejukan.

Senyum.



Thursday, August 28, 2014

Tuhan Aku Pilih Aku.

Hati aku dup dap dup dap.
Tak sedap. Tak lazat.
Sebab kawan-kawan sembang habis terbang ke sarang lain.

Aku saja yang tinggal dalam sarang usang ini.

Apa boleh buat.
Allah pilih aku.

Aku yang terbaik untuk tinggal.

Tu lah.
Kadang-kadang, oh.. mungkin acap kali..
Kita rasa manusia yang memilih untuk menganiaya kita.
Tapi sesungguhnya aku lupa..
Di akhhirnya.. Allah yang memilih kita.
Bukan manusia.
Kalau Allah tidak izinkan.
Tak jadi. Sudah tentu.

Dan pilihan Allah sudah tentu terbaik.

Monday, August 11, 2014

Pop-Fiksyen dan Masjid Merah Jambu

Adakah aku sudah terlalu tua untuk jadi penulis pop-fiksyen?
Ya, aku dah mula rasa tua-bangka untuk itu.

Atau patutkah aku menulis tentang pengembaraan?
Posing sana. Posing sini.

Atau aku patut berdiam diri.
Sebab selalu terlupa apa yang aku nak tulis waktu aku berjalan sambil tersenyum pada masjid warna merah jambu.

Jauh sangat.

Kan aku dah kata.

Aku dah tua-bangka.

Tuesday, June 24, 2014

Aku juga begitu.

Hai.
Lama tak jumpa.
Rindu aku?
Tidak? (Separuh percaya)

Terima kasih.
Aku juga begitu.
(Monolog luar biasa dalam hati)

Thursday, November 28, 2013

Tak Mengapa.

Merindukanmu.
Buat hati aku sakit.

Ya, itu yang aku nantikan.

Kau akan kembali dan
Menyakiti aku.

Tak mengapa.
Asalkan kau kembali.

Friday, October 18, 2013

Who cares

Who cares if you are a good friend
and I am not.

Who need friend?

Wednesday, October 9, 2013

Sahabat Balduku, Lavender.

Aku cuba berbual dengan sahabat-sahabat Lavender aku yang nampak hairan dengan gaya hidup aku.

Aku cuba bersikap peramah.
Tapi mereka tak faham.
'Kami dari Australia'
Katanya.

Baiklah.
Aku memang tak perasan.
Depa memang dari Australia.

Mereka kata, Aku patut jadi Lavender.
Aku tanya kenapa.
Mereka kata aku nampak tenang, harum dan ungu.

Dan aku kata pada mereka,
Jadi aku sepatutnya hempedu di masa lampau
Kerana sepanjang hidup aku cuma rasa
kepahitan.
Hitam dan pahit.

Dan aku tersenyum.
Mungkin betul aku patut jadi Lavender.
Sehingga ada seorang Lunatic petik aku dan kurung aku dalam botol kaca, dan cuba berbual-bual dengan aku dalam bahasa asing.

Sehingga kini aku masih tenang, harum dan ungu.
Walaupun aku hanya manusia.
Dan masih manusia.

Wednesday, October 2, 2013

Hidup Jangan Mati.

Oleh kerana aku bukan ustazah, jadi Allah murnikan aku dengan berada dekat dengan ustaz.

Ya, ustaz-ustaz.

Seorang ustaz kata,
Dunia ni bulat.
Hujan ka..
Panas ka..
Kita akan dok tang tu jugak.

Jadi jangan menyesal.

Masalah akan sentiasa selesai.
Macamana pun caranya.

Yes, it isn't.

Kerana kau bahagia.

Malam adalah masa paling sesuai untuk merindu.
Rindu rasa pedihnya hati aku kau sakiti.
Rindu parah jiwa aku kau guris.

Namun akhirnya kau pergi
Dan temui bahagia.

Tidak.. bukan aku yang derita.
Dan tak mungkin derita.

Kerana aku sedang lihat kau bahagia.

Tuesday, March 26, 2013

Season.





















You know,

Love came like summer.
Light and warm.
It keeps on blooming like spring,
like there is no end.

Until you realize, it begin to fall,
like autumn.
It's get colder, almost like winter.

And never come back.

Monday, March 25, 2013

My Friend and I.


My dearest friend.
She choose to leave.

And I,
Have to stay.

Wednesday, February 20, 2013

Dandevender.




Aku harap,
Aku adalah seorang Dandelion yang berupa Lavender.
Dande-vender.

Harum.
Ungu;
dan melayang.

Kemudian,
Mati bila musim pergi.

Tapi, akhirnya aku hanya seorang manusia yang tetap berupa manusia.

Thursday, January 31, 2013

Alhamdulillah.

Terima Kasih Allah, beri segala yang aku mahukan.

Dan aku benar-benar sedar,
Semua yang aku dapat tak semestinya terbaik buat aku.

Memang benar.

Thank you, Allah.


Thursday, January 17, 2013

Apa itu Cukup?













Selama mana pun manusia diberikan masa,
selama itulah manusia takkan merasa cukup.

Selama mana manusia diberikan peluang,
selama itulah peluang itu dibiarkan.

Jadi, biarkanlah.

Itulah keistimewaan manusia.
Tak pernah merasa cukup.

Monday, January 14, 2013

Apa Ada Dalam Hati.




Kan betul?
Allah saja yang tahu apa dalam hati kita.

Kata lah apa saja.
Anggaplah apa saja.
Apa saja.

Dalam masa-masa begini,
Aku dah tak pentingkan apa perasaan kau.
Kerana memang aku takkan tahu apa dalam hati kau,
(yang dulunya aku mengerti)
Hanya Allah saja tahu apa dalan hati kau.
(kau pun tahu)

Dan kau tak perlu nak memahami aku.
Hanya Allah tahu apa dalam hati aku.