Monday, July 5, 2010

Kecundang lagi.



" Siapa menang??"

Ibu tiba-tiba bangun dengan wajah layu, rasanya seperti diawang-awangan.
Semua diam.

Mungkin pertanyaan itu hadir diatas attitude aku yang mula sarung jersi Argentina semuda senja angka 7!

"Argentina kalah."
Mengertilah, itu bukan jawapan atas soalan ibu.

Harapan pertarungan heavyweight ini, Argentina akan mendominasi Jerman, berbekalkan dendam Piala Dunia yang lepas.
Diperingkat yang sama.
Tradisi sama.
Persengketaan yang sama.
Musuh yang sama.

Dimoment yang masih muda remaja, semudah itu gol itu sudah bersumbat bola?
Moment itu aku terdiam.
Mahu silang channel lain, hati pujuk rayu dengan janji manis.
Mungkin kejap lagi, Argentina sumbat gol.

Itu.
Wisel sudah bernyanyi.
Mungkin Argentina akan sumbat bola dalam gol Nazi sekejap lagi.

Ya, intuisi aku tak pernah menipu.
Jerman sumbat lagi.
Lagi, dan sekali lagi.
Sungguh.
Senyap dan sunyi sudah rasuk suasana.
Jersi Argentina yang aku sarung lewat senja tadi masih ada.
Belum ditanggalkan.
Mungkin informasi itu sudah cukup ranum beri amaran, Argentina sudah mati.
Perlawanan tamat.
Argentina bolos.
0-4.

Argentina tersungkur.
sama seperti empat tahun lepas.
Musuh lepas.
Kecewa sama juga seperti lepas.

Tiba dimedan komen Facebook, ramai sudah mengaku fans Jerman.
Aku mula jadi bahan booo.
Biasalah, jika angin ke Selatan, merimbunlah lalang ikut terbang ke Selatan.
Cuba Argentina menang, tentu bertambah mengaku fans Argentina.

Fanatik dan emosi.
Apa sajalah.
Semua disalahkan, termasuklah sotong yang pandai menilik itu.
Biasalah.
Perlu ada sesuatu untuk ditunding, termasuk sotong itu.
Humor tak bersempadan.
Ketawalah.

Hakikatnya, Jerman bermain cemerlang.
Kekalahan Argentina semestinya datang daripada kebobrokan permainan mereka sendiri.

Kenangan lewat empat tahun lalu replay diingatan.
Kecewa tiada hujung bila Argentina terkulai ditangan Jerman.
Frustasi.
Tiga hari awan mendung.
Datang empat tahun lagi, situasi sama.
Repitasi frustasi.

Empat tahun lagi, aku tidak pasti.
Tertontonkah aku lagi dengan pesta bola selewat usia aku.

Harapnya usia tak salahkan aku, jika aku tersenyum lihat Messi julang piala dunia empat tahun akan datang.

Buenas noches.
Esperemos que un hermoso sueño!

No comments:

Post a Comment