
Timah tenung refleks dari dalam cermin.
Jenguk-jenguk kalau dia ada bakat jadi ustazah.
Lama juga diskusi dari dalam ke luar.
Dia senyum sambil repair hijab hitam yang baru dia beli.
Cikgu Tominah tanya Timah.
" Timah, nanti besar nak jadi apa?"
Timah bangun perlahan, tertunduk, lalu cuba mengisi persoalan Cikgu Tominah.
" Ustazah. Ustazah".
Repitasi berlaku dengan duplikasi senyuman.
Cikgu Tominah senyum, bangga.
" Sebab?" Replikasi pada repitasi Timah.
Timah hanya replay senyum tadi.
Satu sekolah gempar.
Kecoh.
Timah mahu jadi ustazah?
Timah???
Sudin datang dekat Timah..
Dekat-dekat, tapi tak rapat.
Dia tanya Timah.
"Betul Timah mahu jadi Ustazah?"
(Sudin rasa itu satu Antagonis yang nyata)
Timah angguk laju-laju, cepat-cepat.
Sudin tanya kenapa.
Timah senyum. Tiada jawapan.
Tapi Timah ada soalan.
" Sudin, Ustaz Samsudin sihat?"
nice.
ReplyDeletekesian sudin.. huhu.
Thanks. U'r also nice.
ReplyDeleteMungkin Sudin perlu diam-diam belajar jadi ustaz pula?? Hehe.
sume manusia berhak untuk memilih jalan hidupnya. tp lau timah tu na jd ustazah, sudin perlu ber sokongan.
ReplyDelete