A.Samad Said. Perkataan itu acap kali aku titipkan dibibir. Dapat aku rasakan kuasanya dalam hidup aku.(Pak Samad, maafkan aku: Naskah bapak selalu aku jadikan pekasam). Dia bagaikan ikon seakan jelmaan wajah Da Vinci (mungkin A.samad said lebih bernas dari si tua itu?). A Samad Said, suatu unsur usang tapi takkan pernah padam, unsur yang mengajar makna puitis dan aku mula susun huruf membentuk perkataan ganjil buat tatapan sendiri sejak ibu beritahu, aku sudah hidup selama 13 tahun. Entah, bila 13 tahun itu pergi, cepatnya masa berlalu. Aku adore A. Samad Said. Buku pertama yang aku capai, Suara Dari Dinding Dewan. (Ya, buku yang dia pegang itu!). Aku masih ingat. Terima kasih, jadikan aku insan dengan kata-kata yang ganjil. Dia ajar aku melihat dengan jiwa, tapi hati itu tetap aku punya. Mata hanya pinjaman.Aku mahu jadi Sasterawis dengan ideologi sendiri. Tuhan, jangan lenyapkan sifat literatur in dari aku!