Wednesday, October 9, 2013

Sahabat Balduku, Lavender.

Aku cuba berbual dengan sahabat-sahabat Lavender aku yang nampak hairan dengan gaya hidup aku.

Aku cuba bersikap peramah.
Tapi mereka tak faham.
'Kami dari Australia'
Katanya.

Baiklah.
Aku memang tak perasan.
Depa memang dari Australia.

Mereka kata, Aku patut jadi Lavender.
Aku tanya kenapa.
Mereka kata aku nampak tenang, harum dan ungu.

Dan aku kata pada mereka,
Jadi aku sepatutnya hempedu di masa lampau
Kerana sepanjang hidup aku cuma rasa
kepahitan.
Hitam dan pahit.

Dan aku tersenyum.
Mungkin betul aku patut jadi Lavender.
Sehingga ada seorang Lunatic petik aku dan kurung aku dalam botol kaca, dan cuba berbual-bual dengan aku dalam bahasa asing.

Sehingga kini aku masih tenang, harum dan ungu.
Walaupun aku hanya manusia.
Dan masih manusia.

No comments:

Post a Comment