Thursday, January 21, 2016

Tak usah kembali

Tak ada lagi kita
Yang tinggal cuma kau dan aku.
Kau dengan hidup kau.
Aku dengan hidup aku.

Manismu semakin tawar.
Lurusmu semakin siur.
Naifmu semakin sinis.

Kau telah jadi hebat.
Dan kau sudah layak meminggirkan aku.

Dan aku jatuh.
Remuk dan masih bodoh.
Kerana menganggap kau masih manis, lurus dan naif.

Dimana dirimu kawanku?

Tak usahlah kembali,
Kerana sekali kau telah pergi,
Kau takkan kembali.

No comments:

Post a Comment