Tuesday, July 6, 2010

Revolusioner ini akan terus mati atas kekeranjangan budaya pop.


Hari ini aku tonton channel History.
Famous assasination.
Headline: Che Guevara.
Ya, secara tak sengaja.

Che Guevara.
Sebelum tadi, Pronaunsiasi aku terhadap nama ini juga samar-samar.
Bagaimana mahu pronaun nama ini?

Che. Itu Komrad.
Sejarah julang dia sebagai revolusioner berideologi komunisme dan sosialisme.
Menolak kapitalis dan imperalisme dimana yang miskin tertindas.
Yang kaya semakin kaya, yang miskin kaya dengan kedana.
Disitu dia letak magisnya, rimbunkan revolusi sosial.

Sungguh indah.
Tinggalkan segala-galanya untuk ditembak mati.
Pada aku, itu cukup mempersonakan.

Dulu, aku fikir, Komrad ini duplikasi pada Bob Marley.
Mungkin dia seorang penyanyi.
Ya, sensa humor aku terlampau kuat.

Entitinya terlalu ikonik.
Aku rasa dia entiti paling ikonik centuri 20 ini.
Tapi mari kita buat taruhan, yang sarung kemeja-t potret komrad ini tahu, siapa entiti ini?

Mungkin juga mereka tahu.
Tapi pasti lagi ramai yang tidak tahu.
Itu maksud perjuangan komrad revolusioner ini telah malap.
Mati kerana perjuangan dan entitinya dibunuh oleh kerakusan budaya pop yang terlalu komersialkan entitinya, tanpa melihat pada maksud perjuangannya.

Apa maksud aku julang gerila sosialisme ini?
Kerana aku juga ada ideologi liberal dan radikal.
Cuma aku tidak berpolitik dan aku bukan Che Guevara.
Terasa dekat juga dengannya.
Dasarnya agak mirip dengan apa yang aku fikirkan selama ini.
Mungkin kami ada pertalian emosi.(Hahahahahhah)
Aku cuba gunakan ideologi-ideologi ini mengikut tafsiran dan anggapan aku sendiri.
Kedengaran jahat dan perasan, bukan?
Itulah sebenarnya dasar ideologi liberal dan radikal.
Itu menurut aku.
Tak usah ambil pusing.
Lucu.

Memang sensa humor aku terlampau.

Keberanian dan kesombongan komrad ini inspirasional.
Rugi jika terbiar.
Biarlah aku ambil.


"I am not a liberator. They do not exist. People liberate themselves."

-Che Guevara-

No comments:

Post a Comment