Thursday, July 15, 2010

Kita memang 'adore' Sepak terajang mereka.



Pagi ini, pagi membaca.
Temanya, membaca jambatan ilmu.
Lucu.
Walhal, membaca itu bukan habit aku.

Tapi hal ini menarik.

Tentang Kita dan kejahilan kita.
Konspirasi, aku kira.
Mungkin sedikit lewat, kerana ia sudah pun berakhir.
Tapi, apa juga salahnya kiranya kita tahu.

Mari aku ceritakan sedikit kisah yang mungkin 'untold story'..


Satanic Symbolism



Jahbulon adalah salah satu dari amalan ritual ketuhanan puak freemason. Ia cuba menonjolkan ciri-ciri kesyaitanan.





Horus adalah Tuhan yang popular dikalangan orang-orang Mesir dan ia adalah anak kepada Osiris dan Isis. Osiris dan Horus keduanya adalah merangkumi sistem solar. Osiris adalah matahari tenggelam, Horus adalah matahari terbit. Horus juga dikenali sebagai ‘The Amen-Ra’ atau juga dikenali sebagai ‘Ra Ramma’ yang membawa maksud Tuhan Matahari. Kisah mengenai Horus ini telah dijumpai dalam ‘The Egyptian Book of The Dead’ (juga dikenali sebagai ‘Papyrus of Ani’) dan ia ditulis sekitar 3000 tahun sebelum kelahiran Nabi Allah Isa as.


Para pengkaji konspirasi telah mendedahkan logo Piala Dunia yang berbentuk kepala Horus dan bola yang digunakan ketika Piala Dunia (Jabulani) yang menyamai lambang Jahbulon. Jahbulon adalah ALAT sembahan Freemason yang dihasilkan daripada gabungan triniti Jehovah, Ba’al dan Osiris.

"Para saintis terhandal dunia telah membuat beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para ‘pahlawan’ atas padang. Perancangan mereka tidaklah selengkap perancangan Allah.

Sepanjang kempen Piala Dunia, ‘kesempurnaan’ Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas (pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani."

(Sumber dari : ibnuyaacob.com)

Mungkin kau yang sedang membaca artikel ini..
(Jika ia dilihat sebagai artikel?)
Sudah ada informasi tentang ini.
Beritahu aku lagi, apa yang sembunyi.

Sunggguh indah langgam mereka.
Suapkan kita dengan keseronokan dan aksi sepak terajang.

Aku ada terbaca suatu komen yang mungkin ditulis oleh seorang anti-islam.
Dia ekspresikan keseronokannya melihat kepala anak cucu Muhammad (S.A.W) disepak-sepak sambil mengucapkan tahniah pada presiden FIFA, paus dan ketua agamanya.
Memang durjana.
Ini bukan inovasi aku.
Ya, ini fiksi.
Sumpah, aku ada baca.

Dapatlah aku melihat sebenarnya kebencian terhadap orang islam itu sangat meluap-luap dalam hati mereka.
Usah pandang jauh ke Israel yakni kaum Yahudi.
Pandang saja sekeliling kita.
Tapi prasangka itu hanya momokan jahat perasan yang amarah, bukan?
Lupakan saja, tapi jangan sesekali padamkan.

Entah idea apa yang hinggap pada fikiran ini.
Aku fikir mungkin banyak lagi yang 'hidden' menuntut agenda yang lebih licik dari mereka.
Jika mahu diskusi tentang ini, aku mungkin akan membobrokan segala fakta.
Teramatlah jahil.
Aku perlu hidup lebih lama untuk mengikis kejahilan ini.

Benarlah,
Kalau diberikan selautan,
setitik dari lautan itupun, tidak setanding dengan apa yang kita tahu.

No comments:

Post a Comment