Friday, August 6, 2010

Klise dalam Klausa Haram.


Beberapa minggu ini, kepala sumbat denga Halal, Haram.
Haram, Haram, Haram.
Haram, Haram.
Haram....

Maka, dominasi kata Haram itu dah inherit kesedapaan perkataan itu dalam setiap kata-kata bual bicara harian.
Haram kau!
Haram jadah betul la, benda ni..
Yang paling bergaya bila dapat sebut..
Haram punya internet..
Kat sini pun tak dapat coverage!
(Itu aku selalu sebut. Haram punya internet!)

Junior-junior yang terserempak waktu kepala lutut ketar menyusur jalan tanpa susur gajah acapkali ada idea nak bertanya....
"Pergi kelas ke kak?"

Apa boleh buat?
Senyum saja..
Similar dan klise.
Menyampah.

Jadi kalau semua Haram, mana hilangnya Halal??

Aku cuma mahu tahu yang Halal.
Simple.

Sesi perkenalan dengan Si Haram dan si Halal pasti ada konklusi.
Disitu juga aku di khabarkan, kalau seekor babi hilang dalam lautan garam…
Maka garam itu tidak haram.
Jadi, mana pergi haramnya?
Kalau dalam fantasinya, si haram itu lemas dalam yang Halal.
Simple, kan?
Itu semua ada penjelasan yang rasional.
Ada ekplainasi.

Rasional itu juga buat aku fikirkan teori ini dalam hidup.
Kalau aku si Jahil dicampak ke dalam lautan Sufi,
Mungkinkah aku juga kan lemas dalam kebaikan?
Simple juga, bukan?

Aku sudah ada rasa pada itu.
Aku patut ucap Syukur.
Banyak-banyak.
Aku gelar ini, anjakan paradigma dalam titik pusingan.
Turning point.

2 comments:

  1. aku suka kau.
    hahaha!

    pegi maskara?

    ReplyDelete
  2. Aku juga begitu.
    Keh keh

    Maskara??
    Tak la.. ade kelas la..
    Hadui..

    ReplyDelete