Sunday, August 22, 2010

Baiklah, Timah bukan Ustazah.


Timah tenung refleks dari dalam cermin.
Jenguk-jenguk kalau dia ada bakat jadi ustazah.
Lama juga diskusi dari dalam ke luar.
Dia senyum sambil repair hijab hitam yang baru dia beli.

Cikgu Tominah tanya Timah.
" Timah, nanti besar nak jadi apa?"

Timah bangun perlahan, tertunduk, lalu cuba mengisi persoalan Cikgu Tominah.
" Ustazah. Ustazah".

Repitasi berlaku dengan duplikasi senyuman.

Cikgu Tominah senyum, bangga.
" Sebab?" Replikasi pada repitasi Timah.
Timah hanya replay senyum tadi.

Satu sekolah gempar.
Kecoh.
Timah mahu jadi ustazah?
Timah???

Sudin datang dekat Timah..

Dekat-dekat, tapi tak rapat.
Dia tanya Timah.


"Betul Timah mahu jadi Ustazah?"
(Sudin rasa itu satu Antagonis yang nyata)
Timah angguk laju-laju, cepat-cepat.
Sudin tanya kenapa.


Timah senyum. Tiada jawapan.
Tapi Timah ada soalan.

" Sudin, Ustaz Samsudin sihat?"

3 comments:

  1. Thanks. U'r also nice.

    Mungkin Sudin perlu diam-diam belajar jadi ustaz pula?? Hehe.

    ReplyDelete
  2. sume manusia berhak untuk memilih jalan hidupnya. tp lau timah tu na jd ustazah, sudin perlu ber sokongan.

    ReplyDelete