Sunday, April 18, 2010

Ibu, saya mahu hidup.


Ibu, dengarkah suara saya?
Ya. Benar,ibu.
Saya didalam ibu.
Ya, disini.
Didalam.

Mengapa ada rasa ragu.
Saya adalah Ibu.
Ibu adalah saya.
Kita satu, Ibu.

Mengapa sanggup begitu,Ibu?
Apa yang Ibu ragu?
Darah ini, darah Ibu.
Biar saya hidup dalam Ibu..

Tidak kira dosa apa...
Ibu. Jangan lempar saya dijalanan.
Jangan timbusi saya dalam lautan sarap.
Saya adalah Ibu.
Saya hidup didalam Ibu.
Ya.Benar bisikan itu.
Saya didalam Ibu.
Didalam.


No comments:

Post a Comment