Thursday, April 8, 2010

Dalam hati ada tulang?


Suatu pagi yang terik:

Si bodoh bertanya pada si bijak.
(Mereka sebenarnya tidaklah bersahabat, tapi si pandai perlu berlaku baik.)

Si Bodoh: Bijak, aku mahu tanya sesuatu. Betulkah dalam hati tiada tulang?
Si Bijak: Kamu memang bodoh. Memang la, hati tiada bertulang.
(Dia ketawa lucu).

Si Bijak lalu, menyambung..
Hati terdiri dari Aorta, arteri,atrium, ventrikel..
(hati si Bijak mengejek si bodoh yang hanya mengerlip mata mendengar kata canggih si Bijak)

Si Bodoh: Jadi, jika hati tiada bertulang, bagaimana manusia boleh patah hati?

Si Bijak statik bak parabola.
Pantul,jarak jauh.

Ya.
Stigma jauhari si bijak sudah melankolik memanggil cerdiknya kembali.
Si Bijak telah rasa dia semakin bodoh.

2 comments:

  1. Hati yang mana satu? Tanya seorang lelaki yang tiba-tiba menyampuk.

    ReplyDelete
  2. Hati lelaki yang tak bertulang.
    hatinya tak pernah patah.
    Kental semacam.
    kejam semacam.
    Macam2..

    ReplyDelete