Tuesday, March 23, 2010

Ketakutan itu bukan mitos.



Seorang kekasih, ber-ideologi sains berkata (dia menangis):

Aku takut.

Dia ada sahabat. Sahabat dia juga ada dia, tapi tiada ideologi. Kosong saja. (cuba berselindung).


Sahabat tidak ber-ideologi:

Kau takut apa?

**************************

Aku takut gelap.

Mengapa kau takut gelap?

Sebab aku tak nampak.

Ah, pasangkan saja cahayanya.

****************************

Kekasih ber-ideologi sains:

Kau tidak gentar pada gelap?


Sahabat tidak ber-ideologi :

Tidak. Tiada apa yang aku gentarkan. Aku ada disini, disisimu. Mari aku temankan kau pulang?


Kekasih ber-ideologi sains:

Ya, kamulah sahabat aku. (Mereka menangis dan berpelukan)


Kekasih ber-ideologi sains, sudah tidak gentar. Rumahnya banyak cahaya (Ya, dia sudah pulang).


Dari jauh, sahabat tidak ber-ideologi lihat cahaya dari sorotan neon dari hujung sampai ke tengah jalan sudah padam.


Sahabat tidak ber-ideologi:

Ah, biar aku tunggu disini sahaja.
Biarkan lampu itu bernyala kembali.
Gelap. Aku tidak nampak.

No comments:

Post a Comment