Saturday, March 20, 2010

Lesson for today: The paradox of love.




Hari ini kita belajar tentang organ-organ dalaman cinta.
ya! sudah tentu ini subjek sains.
Ada kimianya, ada kumannya, ada tindak balas mekanismanya.
Beritahu ibu, ini subjek sains.
Subjek sains hayat!

Begini~

Kisah A:

Seorang gadis tiada harta, miskin keparat.Tapi dia seksi dan gebu.(Oh, kerana dia tak cukup wang mahu beli kain).
Seorang pemuda, sedang-sedang sahaja.

Gadis: "Oh, aku tiada harta. Masakan kau cinta pada aku?"
Pemuda: " Tiada ada apa yang kau risaukan, cinta tidak mengenal harta." (Tangannya merayap ke peha si gadis).


Kisah B:

Seorang pemuda kaya, (biar pun diwarisi dari keturunan bapanya, yang mungkin jual dadah?).Tiada masaalah. Asalkan dia kaya. Tapi wajahnya duplicate dengan phantom of the opera. Tapi dia lebih hodoh. Obes dan busuk.
Seorag gadis, Miskin keparat. Tapi seksi dan gebu. Ada rupa Juliana Evans.

Pemuda: "Aku ini hodoh, layakkah berdamping dengan kau?"
Gadis : "Oh, tidak mengapa. Cinta tidak mengenal rupa.Oh,hampir terlupa kamu sudah
tukar nama rumah itu atas nama aku?"


Kisah C:

Seorang Pemuda kaya, kacak, pandu porche dan hisap rokok.Oh, dia juga seorang artis.
Seorang gadis. Hanya gadis. Peragawati mungkin.

Pemuda : Benarkah kau cinta pada aku?
Gadis : Ya, aku sangat cinta pada kau. Cinta aku bukan kerana harta, rupa dan nama
kau. Oh, jangan lupa beritahu wartawan itu, highlight nama aku sebagai
kekasih kau ya?


Kisah D:

Hanya seorang gadis. Duplicate kepada kakak tiri sindarela (mereka hodoh, kerana itu mereka jahat). Obes dan busuk. Tapi dia jujur dan ikhlas, dan hodoh. Oh, hampir terlupa, si hodoh, obes, dan busuk ini juga miskin keparat. Dan hodoh juga.
Pemuda, sedang-sedang saja. Hanya seorang pemuda.

Gadis : Mengapa kau tak cinta aku? Bukankah cinta tak kenal rupa, harta dan nama?
Pemuda : Kau hodoh,obes,busuk dan miskin. Keparat.
Gadis : Tapi aku jujur dan ikhlas.
Pemuda : Tapi kau tetap hodoh,obes,busuk dan miskin. Oh ya, Keparat.


Ini stanza dalam organ-organ cinta.
Kan aku sudah highlight-kan.
Ini adalah Sains.

3 comments:

  1. sains kehidupan.
    love,hate,fame and money.

    tak sanggup rasanya nak buat ulangkaji.

    ReplyDelete
  2. Itu yang menariknya cinta. Jadi aku pilih cinta pada yang maha segalanya. Takperlu risau kehodohan atau kemiskinan.

    ReplyDelete
  3. Nazrin Zaidi: Tak sanggup itu satu ulangkaji juga. Anda sedang mengulangkaji. Percayalah.

    Din : Pilih lah selagi boleh. Kuasa memilih kau besar. Kau mampu dapat yang maha. Percaya tak?

    ReplyDelete