Tuesday, April 27, 2010

Apa yang paling dalam?






















Timah duduk sambil menongkat dagu.
Riak wajahnya sedikit mellow.

(Baiklah, Klise: dia berada ditepi pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa)

Seorang pemuda, sudin.
Datang dengan mood mengurat.
(Sudin suka timah, tapi timah tidak)

Apa terjadi, timah?
Kau seperti dalam mood mellow?

Timah memang mellow.
Mellow.Ya, mellow.

Sudin.
Mood suspisiusnya datang.

Aku panggil kau sudin.
Timah panggil sudin.


Timah mula buka cerita.
"Cuba kau nyatakan. Apa yang paling dalam?"

Sudin kata laut.
Timah suruh Sudin selam.
Sudin selam.
Dua hari selepas, terpapang.
"Seorang pemuda ditemui mati lemas di laut dalam".
Timah geleng kepala.

Dua hari selepas.

Timah mellow lagi.
(Timah masih lagi belum melakukan anjakan paradigma. Dia masih Klise: Duduk diatas batu tepi laut)

Samsudin pula hadir.
Tanpa apa-apa mood.
(Kebetulannya, Timah suka Samsudin, tapi Samsudin tiada perasaan pada Timah)


Timah.
Apa perasaan kau sekarang.
Sirna saja wajah kau.
Itu Samsudin yang tanya.

Timah buka soalan cepu emasnya.
Samsudin. Timah panggil Samsudin.

"Cuba kau nyatakan apa paling dalam?"
Samsudin jawab.
Luka. Luka paling dalam.
Ya, Luka yang paling dalam.

Petang yang tidak habis-habis mellow itu berakhir disitu.

Pagi esok, Samsudin beli newspaper dengan tajuk depan.
"Seorang wanita ditemui mati lemas dilaut dalam"

Samsudin geleng kepala.



2 comments:

  1. Hai Samsudin, Saya Aizuddin. Bagi saya yang dalam itu sebenarnya adalah apa yang didalam.

    ReplyDelete
  2. persoalan yang membunuh jiwa.

    luka rupanya yang paling dalam.

    ReplyDelete