Saturday, May 15, 2010

Sudah Lewat Bagi Sebarang Jawapan.


Timah buntu!
Buntu!

Tipah baru saja hadiahi dia dengan set puzzle teka-teki.
Seronok tipah kata.

Timah rasa teruja.
Tapi untuk momen sebelum tadi saja.
Momen dimana Tipah tersenyum, hulurkan blok-blok teka-teki ini.

Blok yang paling hujung, Timah capai.
Lama pula Timah termenung.
Merenung blok itu.

Blok itu ada gambar dia. Timah.
Suspisus dia bertambah bila blok di tepinya ada terlekat gambar Tipah.
Sekarang dia sudah konfius.
Sudin. Samsudin. Bakar. Ani dan Bibah juga muncul.
Setiap blok adalah mereka.

"Bagaimana mahu cantum mereka?"
Timah bisik-bisik angin seorang diri.

Timah padankan Bakar dengan Tipah.
Tidak masuk. Tanggam tak sama.

Ok. Tipah dengan Samsudin pula.
Ya! Padan.
Tapi, Tipah mahu padankan Samsudin dengan Ani.
Ah.. Bagaimana jika Ani juga padan dengan Samsudin?
Mungkin mengundang celaka.
Blok-blok teka-teki itu mungkin patah.
Masakan satu blok boleh berkoleberasi dengan dua blok.
Padahal blok itu hanya ada dua tanggam.
Dua kali dua= empat.
Masakan dua tanggam boleh muat empat tanggam.
Timah letak sepahkan kembali Bakar, Ani, SAmsudin dan Tipah.

Timah mula headache.

Siapa lagi yang belum dipadankan?
Oh, Diri dia.
Tinggal siapa lagi?

Oh!
Bibah, Sudin dan dia.
Timah.
Terlupa satu momen.

Timah dengan sudin.
Ya! Masuk. Sesuai.
Baik. Cuba Bibah.
Sudin dan Bibah.
Sesuai juga.

Cuba Bibah dan Timah.

Timah cuma boleh gigit lidah.
Tidak masuk!!

Satu momen lagi Timah berfikir.
Blok teka-teki ini memang celaka.

Dari momen itu dia bangkit dan kutip semua blok.
Terus buang, tak kata apa.

No comments:

Post a Comment