Friday, May 28, 2010

Masa: Sudah waktunya tinggalkan kenangan.


Satu per satu baju yang siap dilipat cuba disumbatkan dalam bagasi.
Longlai saja tindakan .
Ibarat tindakan refleks yang pasif.

Semakin penuh terisi bagasi itu,
Rasanya ruang hati semakin kosong.
Sungguh!
Entah mengapa.

Suspisus juga rasa hati ini.

Baiklah.
Begini sebenarnya.

Si Liberator berideologi komunis sampai ke Kuantan ini, tanpa perasaan.
Habis dua tahun dia asyik kenangkan bandar Kuala Lumpur.
Kota kecelakaan bagi yang tiada berwang.
Empty pocket istilah bodohnya.

Setahun kemudian dia kembali.
Tiada apa yang berubah juga di Bandar medium ini.
Mungkin hanya Majlis Bandaraya Kuantan mula sedar, longkang di Kuantan ni dangerous enough.
Maka, yang paling latest juga adalah devider biru tepi longkang bertentangan dengan Restoran Safwa.
Tiada effect yang besar juga dapat dia rasa.

Mungkin itu hal kecil saja.
Oh, ya. Bas balik ke Poli juga semakin banyak.
Tambang bas juga sudah naik.
Sepuluh sen.
Taukehnya, sama seperti dulu.
Nyonya seksi yang asyik bagi instruktur kebelakang bas supaya dia boleh sumbat orang dalam bas tu macam sardin. Markarel juga mungkin.
Tidak apa. Orang tiada berharta memang padan dengan kesusahan.

Lama juga. Dual semester.

Situasi juga varius.
Serius juga.
Varius pilihan juga disuakan.
Pilih saja.

Perkara begitu saja sudah banyak main perasaan.
Ada juga yang tercedera.
Variasi parah, semi-parah dan pendam.


Sampai dikala ini, tidak dirawat.
Yang parah, makin sembuh.
Yang pendam, biarkan pergi.
Mungkin.
Itu hanya telahan saja.

Tapi.
Itu yang significant.
Terus melekat diminda.
Perasaan itu memang aneh.
Sungguh aneh.

Tidak apa.

Simpan dalam-dalam.
Kemas-kemas.
Rapa-rapat.

Kita saja yang tahu, bukan?.
Baik. Kita saja simpan sampai tua.
Sampai mati.

Mungkin variati ini yang memberatkan hati untuk beredar.

Si Liberator Ideologi Komunis:

Kini tinggalkan Kuantan dengan berat rasa perasaan.
Tak sepatutnya itu.
Malu juga mahu mengaku.
Tapi, Kuantan...
Si Liberator berideologi Komunis ini sudah jatuh cinta dengan bandar medium ini.

Baiklah.
Berhenti saja berperasaan ganjil ini.
Teruskan sumbat baju dalam bagasi.
Kosongkan hati.

Esok hari, kita tinggalkan semua kenangan ini bersama waktu.

Masa:
Mari pulang ke tempat asal kita.

No comments:

Post a Comment