Wednesday, June 2, 2010

Kita tak berfikir seperti mereka, kerana mereka "Think out of the box".



Malam semalam aku berbicara dengan dua orang Aktivis seni.
Mahu saja aku letak breket konon pada hujung perkataan Aktivis seni itu.
Persis ini = (Konon).
Tapi mungkin tak sesuai kerana mereka dah pernah dapat award.

Oh, maaf. Pembetulan.
Aku sudah buat kalkulasi tadi.
Bukan bicara.
Tapi berkelahi.
Ya, aku telah hilangkan seorang lagi aktivis yang sama-sama berjuang dengan aku.
Seorang gadis muda. Awal 20-an.
(Sama seperti aku. Awalan 2)

Mungkin perumpamaan itu sukar difahami.
Begini.
Aku tuliskan secara matematikal.

2 orang aktivis bukan seni + 2 orang Aktivis seni = Adil bukan?
(Kali ini aku betul-betul mahu letak breket berisi konon pada perkataan aktivis seni itu!)

Tajuknya: Ah, aku mahu tulis pun rasa kelakar.
(Kalau mahu tahu, P.M aku!)

Aku amat benar-benar butir konversasi mereka.
Bersama kami juga.
Macam-macam teori yang keluar.
Epistemologi lagi.
Kami?
Kami tiada Epistemologi.

Biasalah.
Bahasa seni.
Suka mahu konfiuskan fikiran yang kurang seni ini.

Tak lama, entri baru.
Seorang lagi aktivis seni menyusul.
Maghrur dia.
MasyaAllah.

Bila sudah pandai berfalsafah, perkara absurd pun boleh jadi ensiklopedia.
Dari situ, sifat Mahmudah juga mahu dipancar.

Dengan fikiran yang kurang seni dan dangkal ini, aku mencuba nasib.
Sedikit protes.
Mungkin sedikit ofensif juga.
Tapi kedua-dua pihak harus defensif.

Aktivis seni kata: Kata-kata mereka telah diputarkan. Aku bercakap dengan emosi. Tidak faham konteks. Tiada pendirian. Variasi puji-pujian. Aku senyum saja baca.

Ya. Konteks.

Perasaan bangga bukan perasaan yang tepat untuk gambarkan tulisan ini.
Bukan juga mahu display maglub kalian, si aktivis seni.
Tapi, aku terlihat satu perkara.

Kadang-kadang istima kita terhadap orang lain terlalu rendah.
Hanya kerana orang kenal kita?
Oleh kerana fikiran kita tak sama dengan orang lain?
Think out of the box??
Memang kelakar.

Begini.
Kita sama-sama ada kebodohan sendiri.
Itu semestinya.
Injeksi ayat memang senang.
Nak buktikan?
Perlu juga injeksi hukum yang tepat.

Aku percaya, rata-rata umat dunia ini cuma tahu hukum asas saja.
Aku juga.
Masih dangkal. Tapi aku tak cuba menafikan atau mempersoalkan asas-asas itu.
Itu memang termaktub.
Hukum itu deduktif.
Deduktif!



P/s: Aku sebenarnya minat 2 orang aktivis seni (Konon) tu. Hahahah!

No comments:

Post a Comment