Saturday, June 5, 2010

Dia Tidak Perlu Kotak untuk Berfikir.



Kali ini Si Liberator ingin berdiskusi tentang seorang manusia.
Ya, lebih tepat, seorang lelaki.
Entah.
Budak lelaki.
Lelaki. Eh, budak lelaki.
Ah, lelaki.
Ya, dia seorang lelaki.
Muktamad.

Seorang sahabat.
Oh, tidak. Dia sebenarnya seorang kawan.
Baiklah.

Begini..
Dia bukan sahabat.
Bukan juga kawan.
Baiklah.. Si Liberator juga keliru dengan hubungan dua hala ini.
Lebih mudah jika kita anggap lelaki ini sebagai kenalan.
Secara insiden.
Insiden. Ya.
Insiden.

Tak perlu diskusi dan kalkulasi apa yang dia telah ciptakan.
Tidak penting juga.

Lama juga.
Si Liberator ushar lelaki ini.
Dari luar sifat mahmudahnya tidak nampak.
Ya. Ada juga.
Kadangkala dengan wajah bersihnya.
Tapi mungkin manusia lain fikir dia prediator cinta.
Lucu.
Tapi Liberator fikir pada suatu sudut paling sempit dari jiwa gelapnya,
Wujud syahdu syahdanya.
Itu harus dikaji.


Liberator ambil moment berswasraya.
Ushar lelaki ini.
Tapi tidak boleh lama.
Dia mungkin milik kuasa.

Mungkin matanya.
Suaranya.
Entah.
Dia misteri.
Ah.. tidak juga.
Dia cuma manusia biasa.
Cuma kurnia dia lebih pada daya memikat wanita.

Oh.
Liberator sudah terlepas kata.
Hensem?
Tidak.
Kaya?
Entah.

Tidak nampak kelibat cap kaya pada dahinya.
Biasa saja.
Tapi apa ada pada Lelaki ini?
Siapa lelaki ini hingga ramai gadis psikodrama?
Terkadang haru juga lihat melankolik gadis-gadis itu.
Bersepah.
Apa syahmura dia guna pakai?

Mari kita buat latihan kumulatif tentang lelaki ini.
Kasutnya.
Tali kasut.
Manusia lain ikat tali kasut kebelakang, dia ikat kedepan.
Itu tak cukup pelik.
Lelaki lain kata "I Love You".
Gadis lain tak peduli.
Lelaki ini kata "Hei Bodoh,. Kenapa dengan kau?"
Terus saja melekat dihati.

Mungkin reseptor-reseptor gadis-gadis ini bertindak secara aneh
dengan inci-inci ayat provokatif lelaki ini.
Tapi Liberator fikir lelaki ini impresionis.
Ya, guna teknik impresionisme bila susun ayat.
Entah.

Ada manusia kata, mereka 'think out of the box'.
Ya.
Mari kita buat kalkulasi.

Jika manusia seratus peratus.
Dua puluh peratus mengaku mereka 'think out of the box'.
Tentunya tujuh puluh sembilan perpuluhan sembilan dan sembilan peratus 'think inside of the box'.
Ya kan?

Eh.
Mana lagi kosong perpuluhan kosong dan satu peratus lagi?
Oh ya, hampir terlupa.
Lelaki ini adalah kosong perpuluhan kosong dan satu peratus itu.
Kerana apa?
Kerana dia tidak perlu kotak untuk berfikir.

Ingin sekali Liberator tahu apa magis yang dia ada.
Ensiklopedia apa yang dia baca.
Falsafah apa yang dia pegang.
Apakah perasaan sebenar dia?

Mungkin istima Liberator terlalu rendah pada pertama kali melihat sisi lelaki ini.
Tapi lelaki ini bukan enteng.
Bukan picisan.
Liberator akui.

Kenapa mahu diskusi tentang lelaki ini?
Ya. ya. ya.
Si Liberator juga harus cari alasan.

Ya. Lelaki ini harus dikaji.
Kerana dia penghancur hati gadis.
Tanpa apa-apa.
Lucu ya.
Kerana Liberator rasa dia ada magis.

Terkadang terlajak juga hati mahu menanya.
Apa ayat dia pakai.
Apa sebab aksinya begitu.
Tapi bila Liberator berfikir semula.
Apa faedahnya?

Masa untuk tidur.
Selamat siang.

No comments:

Post a Comment