Tuesday, June 8, 2010

Insomnia Sintetik




Timah runsing.
Malam-malamnya acapkali diganggu kebugaran mata yang tak mahu lelap.
Virus apa yang menyerang matanya juga dia kurang pasti.
Entah. Dia jungkit bahu.
Kepala juga digeleng.

Dinihari kelmarin.
Mellow.

Dia masih tidak dapat lelap.
Oh.
Dia ada idea.
Mari intip fesbuk samsudin.

Timah senyum senget.

Dia sudah intip samsudin.

Bosan juga.
Tiap-tiap dinihari rutin sama.

Timah google.
Apa saja.

Dia fokus satu moment pada satu bibit ensiklopedia.
Insomnia.

Mari kita tulis semula.
INSOMNIA.

Mari ulangkaji. Ibu pasti bangga.

Insomnia adalah ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur.....

Sudah! Sudah!
Timah sudah tak sanggup terus baca lagi.

Ya! sama.
Timah Insomnia!
Timah runsing!
Timah bimbang!
Timah penghidap INSOMNIA!

Timah harus lakukan sesuatu.
Serius.
Ini serius.

Petang.
Mellow.
Tetap sama.
Juga.

Kali ini Timah tinggalkan fesbuk.
Tinggalkan hintipan pada fesbuk Samsudin.
Tinggalkan semua.
Semua ini atas keseriusan virus Insomnia itu.

Doktor bagi instruktur.
Timah.. beliakkan eyeball.
Ya, begitu caranya, sementara doktor suluh nyala torchlight kedalam eyeball Timah.

Timah kata pada Doktor.
Dia Insomnia.
Doktor respon.

"Tidur pukul berapa?"
"Tidak boleh tidur, Doktor"

"Lansung tak tidur?"
"Er.. pukul 6 pagi, Doktor"

"Bangun?"
"Bangun pukul 7, Doktor."

Doktor angguk.
Dia sudah diagnose Timah.
Sah!
Timah ada insomnia.
INSOMNIA.

"Timah, kau telah aku diagnosse. Kau Insomnia. Pesakit dengan insomnia memang akan terjaga dan kurang upaya tidur. Lepas kau bangun pukul 7 pagi itu, apa yang kau lakukan? Eksesais?"

Timah konfius. Intuisi dia kata Doktor ini sudah konfius.
Lebih dari dia.

" Doktor. 7 petang. Bukan 7 pagi."

2 comments:

  1. Kwajaq betui! Kata doktor itu bersahaja.

    ReplyDelete
  2. Tak.
    Doktor itu lebih mulia dari itu.
    Beberapa Miligram iodin disuntik pada Timah.
    Timah buat tak tau je..

    ReplyDelete